29 April 2014

UBAHSUAI RUMAH (TAMBAH DAPUR DAN TEMBOK BATU)



Proses renovation pun bermula……. Kontraktor yang aku pakai ni orang Indonesia namanya Safiq, dia memang pakar buat rumah dan kerja-kerja binaan ni. Kawan aku yang cadangkan. Harga dia bagi aku mula-mula memang agak murah tapi biasalah kan ……ada saja tambahan bila nak bagi cantik tu kan…Serius aku memang puji hasil kerja dia….5 bintang…Yang penting sekali pekerja-pekerja dia aku tengok tak pernah tinggal solat walaupun hari Jumaat. Diaorang jalan kaki pergi walaupun hari tu memang bekerja. Tak le tidur waktu Jumaat. Aku pun selalu jugak bagi tazkirah kat diorang ni, kalau nak rezeki halal dan berkat jangan dok aniaya orang…….Alhamdulillah…



Cadangan kerja-kerja renovation:



Tambahan dapur belakang                  : 12 x 20 kali dua tingkat, dua bilik air.

 Dalaman                                          : Ubah bilik air dalam , tukar pintu semua,

                                                          Mengecat seluruh rumah luar dan dalam, kerja

                                                          kerja paip dan elektrik,plaster siling dan kornis,

                                                         tukar jubin lantai seluruh rumah, buat top dapur, sinki

                                                           





Sebenarnya masa proses renovation nilah masa yang paling aku takut, tidur pun tak lena ooooo….bukannya apa, macam-macam dok fikir…macam mana kalau rumah aku tak siap, duit nak bayar upah, beli barang, diaorang cabut lari, mana aku nak duduk sebab owner dah ingatkan nak duduk rumah dia….dan macam-macam lagi la…..hanya Allah saja tempat aku berdoa dan bergantung harap semoga semuanya dimudahkan……


Sebelum nak bagi dekat safiq ni dalam 4 orang kantraktor juga la aku panggil untuk tengok rumah aku dan setiap orang bagi harga yang berbeza. Pelan ubahsuai ni kawan aku yang banyak tolong desingkan. Untuk proses renovation ni aku bahagiakan kepada dua bahagian, luar dan dalam. Aku bagi Safiq buat yang bahagian dalam dan belakang, bahagian luar pulak (buat tembok batu dan lantai simen) aku bagi kat sorang mamat ni….


Sebelum nak mulakan kerja, kita kena senaraikan dulu apa yang kita nak suruh dia buat. Seelok-eloknya kita buat lah satu perjanjian bertulis bagi dia tandatangan. Nanti senang kalau jadi sesuatu….. 
Nanti aku post ye contoh perjanjian tu..... 



Jom tengok gambar......


Bahagian bawah dah siap ikat bata...




Dali, abang si Safiq........

Bahagian atas dan bawah dah siap ikat bata...





Keadaan bilik air atas, panjang sangat...

Pn Manager tengah pantau..
Bahagian luar

Bilik atas

Bilik atas kanan...

Bilik air yang berkongsi tadi (pintu kiri dan kanan)
Tengah plaster....

Master bedroom tengah plaster...

Ruang keluarga (asalnya bilik air yang panjang tadi aku cut dan ubah pintu ke dalam bilik)

Ruang keluarga plus tempat iron baju...

Bilik atas hampir siap dengan tile baru...kiri

Bilik kanan...
Kita tengok bahagian bawah pulak....
Pengadang dapur dan ruang tamu, tak mampu nak beli kayu...

Pandangan dari ruang tamu

Table top....panjang 10 kaki..




Dah siap pasang tile...warna hitam ( sory gambar terbalik)
Dapur dah siap di cat...

Tengah pasang kitchen cabinet..material melamine je..

Bilik hero-hero aku yer...


Bilik atas..

Porch depan simen je...depan pintu je letak mozek dlm 8 kaki..


Tembok batu tngah di kulit..



Ruang dapur dah siap tile...
Ruang tamu siap bertile baru dan tingkap dah tukar ke sliding. Lepas ni siang tak payah buka lampu lagi..

Dari luar...


Tangga....

Jom kita tengok hasilnya...sebenarnya tak sempat nak snap pic masa baru pindah masuk ari tu sebab kelam kabut sikit..so bila dah masuk barang tu faham-faham je lah yer...


Ruang makan

Grill sliding door..semua grill warna putih..

Pintu Pagar...( aluminium tau bukan kayu)..

Dapur..


27 April 2014

JUMLAH DUIT UNTUK SEBUAH RUMAH



Ringkasnya inilah jumlah duit yang aku kena sediakan untuk dapatkan sebuah rumah…



Jenis Rumah                : Rumah Teres Dua Tingkat

Keluasan                     : 20 x 75

Harga Rumah              : RM 252 000



Deposit 10%                : RM   25 200

Lawyer S&P                : RM     7 200

Deposit Elektrik          : RM        630

Deposit Air                  : RM         150

Jumlah:                      : RM  32980  


CARA UNTUK REGISTER AIR DAN ELEKTRIK



Beberapa bulan kemudian, lepas S&P dah siap sign, aku pun pegi le ke rumah tu nak tengok keadaannya. Try buka kipas, tak berpusing…buka air tak keluar…kenapa ni?????
Rupa-rupanya owner ni memang kedekut gila, dia dah siap potong semua akaun api dan elektrik dia dah lebih enam bulan…maksudnya aku kena kuarkan duit lagi nak register akaun baru……geram…Terpaksalah pergi ke pejabat TNB. Kawasan Puchong ni area dia kat Bandar Puteri dekat dengan 7Eleven sebaris dengan Restoran Bumbu Bali. Nak masukkan elektrik ni semula aku kena lantik kontraktor la pulak….kerani kat dalam tu bagitau. Manalah aku nak kenal kontraktor so dia pun suggest la kat aku…aku keluar jumpa dia kat luar. Deal punya deal dia pun bagi aku RM630 termasuk deposit dua ratus lebih dan pasang meter baru. Katanya melayu sama melayu tu yang dapat murah……ye kerr….???? Pastu semua urusan dia akan buat sampai rumah aku dapat elektrik…..Urusan ni dalam seminggu juga laaaa…….

Pasal bab air pula, aku tepon SYBAS kat Sepang, dia cakap kena buat perkara yang sama jugak. Dia bagi aku nombor phone kontraktor, aku tepon sendiri. Bayaran yang dikenakan RM150. Kalau nak murah pandai-pandai lah korang deal dengan kontraktor tu…aku memang tak mintak kurang dah sebab aku tengok kontraktor tu memang tak friendly langsung…….Ni pun dia yang akan buat dari A-Z sampai rumah dapat air…..