27 February 2015

UMRAH DAN ZIARAH CAIRO ANDALUSIA TRAVEL



Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat aku untuk menunaikan umrah. Aku pergi berdua dengan isteri, anak-anak aku tinggalkan kat adik aku untuk dijaga. Aku pergi dengan syarikat  Andalusia Travel. Pakej yang aku amik Umrah dan Ziarah Cairo.Tarikh perjalanan 17 Disember-31 Disember 2014. Harga untuk bilik berdua RM6590 seorang, quite ok sebab time cuti sekolah kan..Cuaca pada bulan aku pergi memang sejuk lebihkurang macam Cameron Highland tu...kalau kat Cairo memang sangat-sangat sejuk tau...so bawaklah baju sejuk yg tebal sket.Untuk pengetahuan semua, hukum mengerjakan umrah pertama ni adalah wajib bagi setiap orang islam bila cukup syarat dan mampu."MAMPU" tu dari pelbagai segi. Korang boleh baca buku agama k..

Pertama sekali aku tekankan tentang penyediaan bagasi, untuk sesiapa yang memilih pakej ni korang perlu sediakan dua beg, satu beg besar yang berisi barangan yang nak digunakan di Madinah/Makkah dan satu lagi beg kecil@hand luggage yang berisi sehelai dua baju dan barang-barang keperluan sebab beg ni yang akan ikut korang ke Cairo. Manakala bagasi besar tu pulak akan terus ke Madinah yer. Nanti bila sampai Madinah baru korang boleh jumpa beg tu.  Jadi tak delah korang pakai baju yang sama waktu melawat Cairo tu nanti..

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul di KLIA pada jam 6.30 petang iaitu 3 jam sebelum berlepas.  Waktu aku pergi ni flight delay pulak sampai 10.30 malam baru boleh naik flight. Flight yang disediakan untuk pakej ini ialah EGYPT AIR. Flight dan layanan nya quite ok. Mula sekali kita orang ke Bangkok dan transit di sana selama satu jam. Perjalanan dari KLIA ke Bangkok lebih kurang 2 jam menaiki Airbus 330-300. Di Bangkok semua penumpang kena keluar dan masuk semula dengan melalui pemeriksaan kastam sekali lagi. Pada waktu ni bolehlah korang bergambar di dalam airport Bangkok. Hand Luggage tak payah turunkan biarkan je kat tempat simpan barang tu yer…Ouch satu lagi kalau naik flight yang besar-besar ni dan perjalanan yang jauh korang tak payah standby selimut ke bantal peluk ke apa sebab memang disediakan sorang satu yer...


Selepas transit, perjalanan diteruskan dengan fligt dan tempat duduk yang sama. Cuma penumpang je yang bertambah dari Bangkok  nak ke Cairo. Bagi aku yang gayat menaiki flight ni, hanya mampu berdoa supaya cepatlah sampai.  Selepas 9 jam setengah barulah kami tiba di airport Cairo. Waktu tu dalam pukul 7.00 pagi jam sana.  Untuk pengetahuan semua, disebabkan masa di Egypt lewat 7 jam daripada Malaysia maka korang akan perasan bahawa malam nya bersambung-sambung. Maksudnya dahla kita bertolak malam dari KL tapi bila sampai sana masih lagi gelap sebab kat sana belum siang lagi. Letih jangan ceritalah yer…aku rasa untuk orang tua dan kurang sihat baik amik direct flight ke Jeddah. Walau bagaimana pun, sebab baru first time dan semangat nak tengok negara orang memang tak terasa semua itu..

Selepas habis urusan di airport, kami dijemput oleh wakil Andalusia. Orangnya peramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Destinasi pertama kami ke hotel dulu untuk bersarapan. Hotel ni dekat je dengan pyramid tu dari tingkap bilik aku boleh nampak dah pyramid ni..kami di beri masa lebihkurang dua jam untuk sarapan dan mandi.  Lepas makan cepat-cepat aku naik ke bilik untuk zzzzzz walaupun sekejap….

Bagi aku memang berbaloi dan puas bila dapat datang kesini sebab memang banyak tinggalan sejarah dari zaman Firaun dan zaman nabi-nabi kita. Sebelum ni hanya mendengar cerita je, tapi bila dah tengok sendiri memang superb, terharu, sedih, seronok dan macam-macamlah…
Antara tempat yang kami lawati kat Cairo ni the Great of Pyramid, kilang minyak wangi, masjid dan Universiti Al-Azhar, makam Imam Syafie dan beberapa kedai untuk shopping...



Nilah rupanya VISA umrah tu, dah
dicetak kat dalam passport
Ni family Ustaz Nasruddin yang pegi antar aku hari tu...terima kasih ye..
Ni lah beg yang aku bawak, banyak kan...
beg merah tu khas untuk makanan...
Isteriku...

Semua beg disusun dekat kaunter
check-in, petugas Andalusia akan
uruskan yang lain..
Kat belakang tu Ketua Rombongan kami,
Ustaz Qamil...


Tiket flight..Duduk ikut no yg ditulis
dengan pen..

Dalam flight Egypt Air...pramugara tua da...

Kat dalam flight..


Menu dlm flight..ok la..
Waktu pergi ni, tiga kali makanan dihidangkan, pertama dan kedua jenis roti dan ketiga baru ada nasi masakan arab style boleh pilih nak ayam atau daging..


Kat Airport Bangkok masa transit..
Lepas dua jam terbang transit kat Bangkok sejam..masa ni bolehlah korang nak round-round bergambar ke apa, hand luggage biarkan je kat dalam kabin...lepas tu masuk balik kena cek kastam sekali lagi..


Ni menu kedua..
Jangan lupa minta jus buah dia memang sedap, paling sedap jus nanas memang fresh...roti ni aku tak makan pun..


Nilah rupanya airport Cairo

Kat luar sejuk gila.....
Hotel yang kami transit dalam dua jam je..

Sarapan pagi kami...makanan arab la..

Ni bilik dia, quite ok..
Lepas sarapan cepat-cepat aku naik bilik, terus tido..letih sebab atas flight tak boleh nak tido..


Kat balkoni, nampak tak view dia..
The Great of Piramid..

Dari dalam bilik boleh nampak view yang indah..


View dari luar hotel..

 Wowww..pertama sekali jejak kaki kat kawasan piramid ni memang kagum la tengok binaan dia, besar memang besar...semuanya daripada blok batu pasir. Tinggi sangat..dah beribu tahun pun masih lagi kukuh dan utuh..dalam piramid ni pulak ada bilik-bilik tempat simpan harta firaun dan mayatnya yang dijadikan mumia...

Nampak tak besarkan blok batu tu...


I love u ollss....

Selain daripada Piramid Giza yang
besar tu, ada lagi anak-anak dia..
hehe




Walaupun tengah hari, sejuk dan berangin je...best je kat sini..


Kalau berani panjatlah...aku tengok
budak-budak arab tu panjat sampai
atas jugakla..dah jadi tempat
mainan depa..



Nak lebih faham baca kat sini..
Bila sampai di sini nanti masa korang dok tengok-tengok dan menghayati view dan perasaan kagum tu,nanti akan ada la orang badwi datang jual souvenier, offer naik unta la, macam macam aih..pandai-pandailah korang layan. Kalau tak nak cakap tau..jangan risau sebab ada polis pelancong kot dok jaga..dia perhati je, kalau nampak macam dah tak terkawal dia akan pegi..
Kat sini aku beli fridge magnet, murah la jugak 15 keping USD5..nasib baik aku beli siap-siap pastu memang tak jumpa dah...






Time aku pergi ni kawasan ni under construction, bas bawa kami pusing-pusing je...kalau korang perasan spinx tu hidung dia dah hilang...puncanya???
Bagi orang Mesir hidung bagi diaorang macam maruah diri la, mesti mau jaga betul-betul...so bila peperangan berlaku pihak musuh akan cuba tembak hidung tu...so bila hidung dah tak ada simboliknya macam dah kalah la...

Selepas habis melawat kat Piramid tu, kami terus ke kilang minyak wangi. Ingat tak kekasih Puteri Diana sebelum dia meninggal waktu eksiden tu Dodi Al-Fayed, kilang ni dimiliki oleh bapanya Al-Fayed dan keturunannya..kat sini macam-macam jenis bau-bauan yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan bebas alkohol. Pati minyak wangi nilah yang digunakan untuk membuat pelbagai jenama minyak wangi terkenal. Harganya boleh tahan mahal sebab dijual dalam matawang US. Kat sini korang boleh pilih saiz dan wangian apa yang korang nak. 

Mula-mula sekali selepas mengambil tempat duduk masing-masing wakil dari syarikat diaorang akan edarkan macam-macam sample untuk korang bau beserta dengan kegunaannya. Untuk aku yang tak berduit banyak ni kami beli sekotak dan share.. 

Menariknya minyak wangi ni dah dijamin oleh kerajaan Mesir,sapa yang beli boleh terus hand carry je walaupun lebih drp had yang dibenarkan untuk bawak masuk dalam cabin.100ml cecair. So tak payah risau minyak wangi korang bayar mahal-mahal ni nak kena rampas atau hilang.



ambik tempat dulu...


Penerangan dalam Bahasa Inggeris..
  
Nampak tak kotak-kotak tu, dalam tulah set-set botol minyak wangi yang telah siap di botolkan mengikut kuantiti dalam unit milimeter. Ada set ber 3,4,6..siap free gift sebotol kalau korang beli yang besar...

Pilihan my wife...sedap baunya..jatuh dalam USD38 sebotol ( yang kami beli ni set ber 6, 250mm kalau tak silap)

dah abih taklimat boleh ronda-ronda...



Seterusnya kami makan kat sini..

Ni makanan yang aku ambil...waktu ni seronok lagi makan makanan arab...



Sungai Nil dalam perjalanan..



 Seterusnya kami melawat ke makam Imam Syafie, Malaysia mengikut mazhab Syafie..Walaupun makam Imam Syafie kat sini tetapi Mesir tidak mengikut mazhabnya, cuma ada beberapa % sahaja..
Kawasam makam ni adalah di dalam masjid ni..bila kami sampai je, terus penjaga makam/masjid ni suruh kami ambil wuduk. Waktu ni asar dah hampir nak habis,dan-dan je kami solat Asar, azan Magrib pun berkumandang. Sebelum balik kami solat Maghrib dulu di sini bersama penduduk kat sini..

Dipintu masuk..



Sejarah ringkas Imam Syafie

Pintu masuk ke makam berhadapan pintu pagar tadi. Kasut simpan kat rak sebelah kanan tu..

Nilah makam tu..

Aku zoom kot celah-celah lubang tu..

Makam di dalam masjid..

Bersama kawan sekolah..ceritanya kat bawah..hehe

Baru aku percaya orang dok cakap keciknya dunia kan, ni lah buktinya..Kawan aku ni nama dia Manaf dulu satu sekolah menengah, pastu satu maktab pulak. Posting kat KL ada la aku jumpa dia sesekali waktu berkursus. Tak lama lepas tu dia sambung belajar terus lost contact dalam 12 tahun macam tu. Masa nak bertolak haritu tetiba aku nampak dia kat airport. Rupanya dia pun nak pi buat umrah jugak dengan mak dan isteri dia. Pakej yang dia amik serupa dengan aku ( dia dok kat mesir dlm 3 hari) cuma syarikat je lain..so kami satu kapal terbang la....pastu jumpa pulak kat sini..


Kawasan makam Saidina Hussein

Kat dalam tu makam Saidina Hussein



Masjid Universiti Al-Azhar

Masjid Universiti Al-Azhar...yeayyy aku dah masuk Universiti Al-Azhar, tempat kuliah di belakang masjid. Dulu-dulu diaorang belajar kat dalam masjid ni la dan universiti ni ujud daripada duit wakaf umat Islam



Kat dalam masjid...nampak macam student tak?


Dulu-dulu kat sinilah diorang belajar



Yang berkaca mata tu pemandu pelancong kami..


Sekian, ni saja lah tempat-tempat yang kami lawati sepanjang setengah hari kat Cairo ni yang meninggalkan seribu satu kenangan..harap satu masa nanti dapatlah aku datang lagi bersama dengan anak-anak pulak..




Selepas habis melawat, kami terus ke airport dalam jam 8.00 malam dan check-in fligt untuk ke Madinah. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 2 jam. 

Sampai di Madinah memang dah ada bas dan mutawif yang menunggu. Nama mutawif tu Saparudin (Pak Sapar). Orangnya dah tua dan berasal dari Indonesia tapi dia dah menetap di Mekah lebih 32 tahun. Selama kami di Madinah/Mekah Pak Sapar ni yang akan jadi mutawif kami. Orangnya sangat lemah lembut dan seperti kebapaan dan bila dia bercerita tentang sejarah atau apa-apa yang berkaitan dengan tempat yang dilawati memang boleh terasa sampai ke hati. 

Aku di Madinah lebihkurang 5 hari. Tetapi percaya atau tidak sebenarnya bila sampai sahaja ke tanah suci ni memang aku dah tak ingat langsung tarikh atau pun hari. Anak-anak pun aku tak rindu pun padahal sebelum pergi macam-macam dok fikirkan pasal diaorang. Serius dua minggu aku pergi memang rasa free sesangat, kepala otak aku langsung tak ingat tentang kerja ke apa. Kalau nak kata aku sibuk beribadat tak juga tapi entahlah mungkin rahmat tuhan.Di sana aman seamannya, kalau terus duduk kat sana pun aku nak. Terutamanya di Madinah kalau di Mekah agak kelam kabut sikit.

Di Madinah, kami sampai di hotel lebihkurang jam 2 pagi. Hotel tu dekat je dengan masjid Nabawi memang boleh nampak dari tingkap hotel, kalau jalan kaki dalam lima minit je boleh sampai. Untuk hari pertama ni memang aku tak pergi jemaah kat masjid pada waktu Subuh tu sebab letih sangat. Kalau korang pergi nanti, jangan terlalu teruja sangat nak beribadat sebab nanti badan terlalu penat, penyakit lain pulak yang dapat. Rehat dulu banyak-banyak...waktu Zohor tu baru aku start solat kat masjid Nabawi.

Satu lagi aku nak pesan bila korang nak masuk ke Masjid Nabawi tu ada orang jual Al-Quran yang mengatakan untuk di wakaf kat masjid harganya lebihkurang RM20. Nasihat aku jangan beli sebab bila korang letakkan kat dalam masjid paling lama pun 10 minit pastu akan ada orang yang datang kutip untuk dikeluarkan. Sebabnya??? Untuk Al-Quran yang hendak diwakafkan hanya yang dicetak kat Madinah/Mekah sahaja yang diterima. So caranya bagi duit je kat mutawif suruh dia tolong belikan, tapi harganya mahal sedikit lebihkurang RM50-RM60. begitu juga bila nak masuk ke Masjid korang tolong ingat pintu nombor berapa sebab bila keluar nanti mau dekat 30 minit korang nak cari pintu keluar yang betul. Selipar pulak korang boleh masukkan dalam plastik bawa masuk dalam masjid letak le kat tempat kasut atau di depan/ celah-celah korang waktu solat. Air zamzam ada disediakan dalam tong. Aku setiap waktu solat memang akan bawak botol air mineral isi air zam-zam. Boleh dikatakan sepanjang dua minggu aku kat sana memang minum air zam-zam je...puasss sangat-sangat...

Kalau dah sampai kat Masjid Nabawi ni kalau tak masuk ke Raudah memang rugi la sangat...bagi lelaki yang nak masuk ke Raudah boleh ikut pintu Babussalam. Tapi jangan bimbang untuk pertama kali semasa ziarah dalam, mutawif akan bawa semua jemaah melawat dan menunjukkan tempat-tempat tersebut. Kalau ada peluang masuklah, kalau tak ingat pintu petuanya korang carilah tandas no 2, bertentangan dengan tandas tu la pintu ke Raudah. Satu lagi pintu masuk ke Raudah ni ada lampu Chandeliar besar tergantung. Kalau pintu lain aku tengok tak de la pulak lampu tu...Raudah ni satu kawasan antara mimbar nabi tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Kawasannya kecik je korang boleh nampak perbezaannya, pertama kat tiang putih tu ada daun emas, pastu karpet dia warna hijau. Waktu aku pergi ni Alhamdulillah aku dapat masuk 4 kali walaupun terpaksa bersesak-sesak. Waktu yang terbaik pula untuk pergi lepas Isyak atau lepas Asar sebab waktu ni orang kurang sikit. Tapi semuanya bergantung kepada rezeki korang. Kalau korang tak boleh masuk ke Raudah ni jangan risau korang terus je pergi melawat makam nabi sebelum keluar ikut pintu yang ditetapkan.

Di Madinah ni jugak banyak jugak tempat bersejarah yang kami lawati. Antaranya Masjid Quba, Masjid Hudaibiyah, pasar kurma, ladang kurma,kilang kelambu kaabah, muzium, Gua Thur dan juga mendaki ke Gua Hira, semuanya meninggalkan sejuta kenangan dan keinsafan kepada diriku...














5 comments:

  1. Salam
    Catatan yg amat baik
    Perjalanan balik mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, saya masih menulis tentang perjalanan pulang dan menunggu masa untuk dipublish. Terima kasih kerana sudi membaca.

      Delete
  2. Allahurabbi....tringinnya saya....semoga Allah permudahkan urusan saya.saya juga ingin kesana...walaupn hanya baca crita tuan,tp hati ni dah terasa rindu...rindu walau x pernah kesana...

    ReplyDelete
  3. Allahurabbi....tringinnya saya....semoga Allah permudahkan urusan saya.saya juga ingin kesana...walaupn hanya baca crita tuan,tp hati ni dah terasa rindu...rindu walau x pernah kesana...

    ReplyDelete
  4. saya doakan puan dan semua pembaca blog saya ini akan menjadi tetamu Allah dan berpeluang kesana suatu hari nanti.

    ReplyDelete