27 February 2015

PERSARAAN GURU BESAR

Episod kali ni aku akan menceritakan tentang Majlis Persaraan Pn Guru Besar sekolah aku, SK Puchong Utama 3. Majlis ni diadakan sebanyak tiga kali dengan jemputan yang berbeza. Jadi warga sekolah terpaksalah bekerja lebih sedikit supaya setiap majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Aku pulak dilantik sebagai 'Ketua Event Manager' untuk kesemua majlis ni dengan dibantu oleh dua orang yang lain ..so? Dalam bab-bab kerja ni kita mestilah smart ok..aku bahagikan setiap majlis ni kepada setiap orang yang berbeza untuk dihandle..maksudnya ketua untuk setiap majlis ni orang yang berbeza dengan dibantu oleh kami bertiga. Aku pulak menguruskan untuk majlis VVIP..


Berikut merupakan tarikh majlis dan jemputan yang terlibat:
a) 21 November 2014- murid dan guru ( ketuanya En Ahmad Syukri)
Tema: Biru

b) 25 November 2014- guru dan kakitangan sekolah ( ketuanya Ustaz Ahmad Nasruddin)
Tema : Bebas dan Bersopan

c)27 November 2014- vvip ( JPN, PPD, MGB, Guru-Guru Besar Daerah Petaling Perdana atau wakilnya ) 
Tema: Kesultanan Melayu

Ok lah nak tulis banyak pun bukan korang nak baca pun, jom kita tengok gambar.....
Ni untuk majlis yang pertama dengan tema warnanya BIRU.
 

Ni pulak untuk majlis yang kedua diadakan di Hotel Intekma Resort Saha Alam...

Last sekali majlis dibuat di dewan terbuka SK Puchong Utama 3, pada kali ni aku menggunakan khidmat RIO EVENTS untuk menghiasi pentas dan pintu masuk. Untuk hiasan kerusi dan khemah daripada JEFF CATERING merangkap tokey kantin sekolah.

Secara keseluruhannya syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya kesemua majlis dapat dilaksanakan dan berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis. Akhir sekali Selamat Bersara Puan Norihan!!


Ucapan terakhir di majlis persaraan...
Gambar-gambar kenangan Majlis Persaraan pada 27 November 2014

No comments:

Post a Comment