31 March 2014

SALAM DARI PENGARANG

Selamat berkenalan semua kepada pembaca blog yang sudi singgah di sini....Aku akan kongsikan apa sahaja daripada pengalaman sebenar yang aku alami dan juga pandangan-pandangan daripada fikiranku sendiri...selamat membaca dan berkongsi apa sahaja yang terbaik....

Serba sedikit tentang diriku
 Dilahirkan di Kaki Bukit, Perlis. Mendapat pendidikan awal di SK Dato Ariffin Md Nam (sekarang sekolah tu dah jadi Kem Tassoh) sehingga darjah dua. kemudian berpindah ke SK Felda Mata Air sehingga darjah 6. Bersekolah menengah di SM Tengku Suleiman, Tunjong, Perlis sehingga SPM 1996. Kemudian ke Institut Perguruan Darulaman dari 1997-2000 ( opsyen Sains/Kemahiran Hidup. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains ) pada tahun 2008 dari OUM tajaan KPM (aku dah mula kerja time ni kira PJJ le...). Dipostingkan ke SK Bukit Kuchai, Puchong pada 24 Julai 2000 sehingga Januari 2001. Berpindah ke SK Bandar Sunway, Petaling Jaya sehinggalah Disember 2005. Berpindah lagi ke SK Puchong Utama sehingalah sekarang...