23 September 2014

MAA TAKAFUL @ ETIQA TAKAFUL

Cerita pasal takaful ni memang dari aku mula-mula kerja dulu sekitar tahun 2001 aku dah beli, waktu tu Takaful National (sekarang dah jadi Etiqa Takaful). Gaji pun sikit waktu tu, tak boleh la nak cover banyak-banyak sebab montly mahal. Yang aku mampu sebulan RM100 selama 30 tahun, coverage dalam RM79000 je.Bayaran pulak melalui potongan gaji, senang tak payah fikir terlewat atau nak lap. Bagi aku takaful ni penting sebab kita tak tahu kan apa yang akan jadi kat kita nanti, sekurang-kurangnya ada la juga perlindungan walaupun sikit. Ibarat pepatah "Sediakan Payung Sebelum Hujan"...

Setelah 14 tahun mencarum, bila fikir-fikirkan balik memang tak cukup sebab dah berfamily pastu hutang pulak banyak. Kalau jadi apa-apa kat aku macam mana? sapa nak tanggung semua tu..cukup tak????? Campur pulak dengan insurans rumah yang aku beli ni pakai loan bank insurans dah mati. Tiap-tiap tahun kena renew dalam RM1700 jugak setahun. Tu pun cover RM200 000 je dari kompeni AIA.Rasa macam membazir pulak...

So alternatifnya, aku buat macam ni...
Aku tak payah renew insurans rumah aku tu, tapi aku ambil satu lagi polisi takaful hayat tapi jumlahnya coverage lebih tinggi..(jumlah coverage ni adalah hasil campur tolak semua hutang piutang dan nilai aset yang perlu dibayar)..memang banyak la jugak...

Kenapa????

In case nanti kalau lah berlaku keilatan pencarum masih lagi boleh dapat duit bulan-bulan sama macam gaji sekarang@ kalau meninggal waris boleh gunakan duit pampasan tu untuk settlekan semuanya...ada baki lagi...

So...kali ni aku tertarik dengan produk MAA Takaful...(kalau korang nak information about this boleh tanya aku k). Aku bukan ejen tapi just nak sharing je..Bila dah calculate polisi ni aku kena bayar RM300 sebulan dengan coverage yang awesome, selama 25 tahun maksudnya sampai umur 60 tahun. Kenapa sampai umur tu sahaja sebab dalam tempoh ni kita memang perlukan duit bukan?Kalau ada apa-apa musibah kita masih lagi boleh dapat duit bulan-bulan macam dapat gaji. Selepas tu (dipanggil tarikh matang) bila umur 60 tahun, kita hanya laburkan semula duit yang diperoleh dari akaun peserta tu ke mana-mana (contohnya ASB, Tabung Haji dll). Setiap bulan tentunya akan menjana pendapatan untuk kita kan....


Jadi aku ambil keputusan untuk tamatkan polisi yang sedia ada. Tu pun bila dah polisi baru ni berjalan dalam 3 bulan. (kalau korang nak batalkan polisi sedia ada tunggu yang baru approve dulu dan berjalan sekurang-kurangnya 4 bulan dulu tau). Bukan apa mana tau kot2 la jadi apa2 yang lama tu boleh cover lagi sebab bukan semua penyakit boleh dapat pampasan kalau polisi korang tu baru lagi..contoh kanser, kalau baru dapat polisi dalam 3 bulan korang dah detect kena kanser takaful tak cover tau...sekurang-kurangnya 4 bulan keatas baru boleh tarik nafas kelegaan...

Apa aku buat???
Kalau dihitung-hitung sebulan untuk life takaful saja aku bayar RM400 belum lagi masuk medical card. Aku bawak polisi lama aku tu ke pejabat Etiqa Takaful kat Putrajaya. Aku cakap nak surrender polisi. Waktu nak tamatkan polisi tu memang sedih la sebab dah lama aku mencarum weiii...aku tanya kerani tu berapa ada dalam akaun aku dia cakap dalam RM10K lebih...dia pujuk aku tak payah tamatkan sebab polisi lama ni memang nilai matang tinggi. Aku cakap dah 3 bulan aku fikir nak tamatkan polisi ni...dia bagi aku isi borang masukkan sekali no akaun maybank nanti dalam sebulan dia masukkan duit....sedihhhh...

Sedikit maklumat tentang perancangan kewangan...
Dalam piramid perancangan kewangan, untuk membina asas yang kukuh, kita mesti melindungi aset kita dulu (gaji/punca pendapatan). Ketepikan 10% anggaran pendapatan bulanan kita untuk melindungi aset kita daripada musibah kehidupan (meninggal awal/hilang upaya kekal/sakit kritikal/bil hospital tinggi). Apabila asas ini telah dibentuk, barulah anda berpindah ke peringkat kedua iaitu simpanan.

Simpanan dibuat adalah untuk tujuan dana kecemasan. Paling ideal, simpanan anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3-6 bulan pendapatan anda.(jika pendapatan anda RM3000 sebulan maka anda perlu ada minima RM9000). Dana ini adalah untuk tujuan kecemasan sahaja (bukan untuk tukar sport rim kereta, melancong, ubahsuai rumah dll). Apabila berlaku kecemasan kita boleh guna dana ini dan menggantikannya semula. Kita tidak perlu guna duit pendapatan bulanan kita tu sebab sudah terhad dan ada tujuan sendiri (bayar bil, kereta, rumah, makan minum, belnja sekolah anak, polisi dll).

Selepas anda melakukan ini, barulah lebihan duit yang ada dilaburkan ke dalam instrumen kewangan yang SAH untuk menggandakannya!. Ada unit trust, saham, emas, hartanah dll.

Sementara cara yang salah adalah apabila anda pergi melabur dulu, tanpa membuat sebarang perlindungan terhadap punca pendapatan. Apa yang berlaku, pelaburan baru berusia 3-4 bulan musibah melanda dan anda terpaksa mengeluarkan duit pelaburan untuk membuat penyelesaian bil dsbg..


























No comments:

Post a Comment