17 May 2020

CARA BAGI POKOK JAMBU BATU BERBUAH LEBAT

SAPA SUKA MAKAN JAMBU BATU ANGKAT TANGAN HAHA..




Sebenarnya untuk tanam jambu batu ni tak lah sesusah mana. Kali ni saya nak tunjukkan cara melebatkan pokok jambu batu berbuah. Kita tidak perlukan kawasan yang luas cukup jika ditanam di tepi-tepi rumah untuk yang tinggal di rumah teres macam saya.

Pokok jambu batu ni bapa saya semasa pesta konvokesyen UPM dekat MARDI dua tahun dahulu. Masa beli tu pokok nya memang kecik lebihkurang satu kaki tinggi.



LANGKAH 1
Pertama sekali sebelum tanam, korek lubang bagi dalam sikit lebihkurang 1kaki x 1 kaki dan letak tanah baru berselang seli dengan baja butir 15,15,15 atau baja organik. Lepas tu baru tanam pokok jambu tu.

Selepas beberapa bulan atau selepas jambu mula berbuah buat pertama kali, kita boleh mula train dia berbuah mengikut kitaran masa seperti yang saya buat. Pokok jambu batu ni bukan buah bermusim ya. Tetapi kita boleh tentukan masa pokok tu perlu berbuah banyak pada satu-satu sesi manakala pada masa-masa lain ada juga buah tapi tak banyak. Kiranya boleh makan buah sepanjang tahun la..

LANGKAH 2
Selepas buah pertama/ sulung diambil selesai diambil (maksudnya buah dah licin haha) biarkan pokok rehat selama lebih kurang 2 minggu dan kerat ranting atau dahan yang telah mula naik memanjang dan juga ranting yang dah berbuah tu. Potong agak-agak jangan sampai habis. Sebabnya nak bagi pokok tu rendang.  Kemudian letak baja NPK 15.15.15 yang boleh dibeli di kedai. Saya selalu gunakan baja yang dibeli di Speed Mart sebab lebih murah lebihkurang RM2.45 untuk 400g berbanding RM5.99 kalau beli di nurseri untuk baja yang sama. Baja tu warna hijau.Dalam masa ni pokok akan mula mengeluarkan pucuk baru, selepas sebulan letak baja bunga warna merah. Selalunya pucuk baru yang keluar akan mula mengeluarkan kudup bunga.
Apabila pucuk semakin matang, bunga akan mula keluar. Maksudnya kita bagi masa untuk pokok recover semula dan mula berbunga selepas 3 bulan rehat. 

Bunga jambu batu....



Bunga jambu akan keluar berpasangan selalunya...


LANGKAH 3
Putik buah yang keluar perlu di sembur dengan semburan anti serangga 2,3 hari sekali sehingga putik tu sebesar ibu jari.(boleh tengok dekat utube) Kemudian balut dengan kertas surat khabar. cara buat pembalut ada saya tunjukkan di link utube. Mohon like dan subcribe ya..!!

Kemudian, kita boleh mulakan pembajaan (NPK15.15.15) selang dua minggu sekali sehingga buah boleh dimakan. InsyaAllah buah tidak akan rosak disengat serangga dan besar-besar kesemuanya sebab dapat baja yang cukup. Baja ni boleh dapatkan di Speedmart 99. Murah pun murah RM2.45 sahaja. Ni harga kat nurseri cekik darah oiii...
Baja NPK 15.15.15

Jom kita tengok pic pokok jambu batu saya. Jambu ni ada biji tau. Sapa yang berminat nak dapatkan benih boleh emel saya sebab saya ada buat tut. Sepokok RM35 haha...

Ni masa pokok baru belajar berbuah, saya belum train lagi..
Buah agak banyak juga walaupun belum letak baja buah


Ni hasilnya selepas membaja dengan teratur...2 biji boleh dapat sekilo...
Cantik kan kulit dia..ni lah rupanya kalau kita balut masa dia masih kecil...sebab tu dalam Islam perempuan kena pakai tudung

Sekian......

No comments:

Post a Comment