Petunia adalah suatu genus tumbuhan berbunga dari keluarga Solanaceae yang bunganya berbentuk trompet. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Secara fisik, tinggi tanaman ini antara 16–30 cm, bunganya ada yang berbentuk tunggal (selapis) dan ada pula yang berlapis dengan warna yang bervariasi (misalnya merah, putih, kuning pucat, biru, dan ungu tua).
Berdasarkan pengalam saya menanam petunia, tumbuhan ini tidak begitu cerewet dalam penjagaan dan amat mudah untuk tumbuh.
Dimana boleh dapatkan pokok Petunia? Nurseri atau pun melalui pembelian biji benih secara online misalnya di Shopee. Anak pokok yang sudah besar selalunya banyak dijual di nurseri manakala jika menanam melalui biji benih perlulah menanam sendiri. Sepokok Petunia sekali dengan pasu berharga lebihkurang RM12. (nurseri di Puchong)
APA PERLU DIBUAT JIKA ANDA PERTAMA KALI MEMBELI PETUNIA?
Selalunya pokok yang dijual di nurseri siap berbunga walaupun nampak masih kecil. Barulah orang tertarik nak beli kan?... Pertama sekali letak Petunia di luar rumah dan biarkan dia kena matahari sedikit dahulu. Letaklah di bawah bumbung atau gantung di bawah pokok. Biarkan pokok petunia terdedah kepada matahari pagi. Pokok perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang. Selepas seminggu, potong semua dahan-dahan Petunia yang menjalar. Buat lebihkurang macam orang perempuan yang berambut panjang dipotong pendek. Boleh bayangkan tak? haha..... Saya tahu ramai yang tak sanggup nak potong sebab Petunia masih berbunga kan. Tapi percayalah selepas dipotong petunia akan mengeluarkan pucuk yang banyak dan mengeluarkan bunga yang sangat banyak. Selepas potong tu, tukar tanah baru. Saya pakai tanah hitam sawit yang dibeli dari satu grup facebook. 20kg harganya RM15.
Boleh tengok video kat sini cara menukar tanah pokok petunia. Kt video ni sy guna tanah yg dibeli kt nurseri. Tanah sawit habis pulak..
Manakala pembajaan dilakukan dua minggu sekali. Jika mengikut cara saya, saya lebih suka menyiram pokok petunia dengan air baja yang dibuat sendiri. Cara membuat air baja boleh tengok dekat link berikut. Please like and subcribe haha....
Video di bawah..
Bila siram air baja ni kadang-kadang pokok akan layu keesokannya. Caranya siram air baja pada sebelah petang. Kemudian esoknya pagi-pagi siram semula dengan air biasa. InsyaAllah pokok tak akan layu. Lagi satu kuantiti baja yang korang letak tu pun mempengaruhi juga....segenggam baja lebih kurang 2 liter air.
Jom tengok gambar Petunia saya...
Ni masa mula-mula beli...ada bunga sikit-sikit. Potong ranting-ranting yang berjuntai tu dan tukar tanah hitam. Saya pakai tanah sawit. |
Ni dalam 2 minggu lepas saya potong yang berjuntai-juntai tu...dah mula naik tunas baru... |
Masa nilah kena selalu siram dengan air baja dan bagi dia kena cahaya matahari. Kalau boleh matahari pagi sahaja...kalau tak dapat cahaya sepenuhnya dia akan rimbun sebelah sahaja.
Ni pun sama dalam proses treatment..dia akan keluar juga bunga sikit-sikit... |
Ni hasilnya dalam 3 minggu lebih.....setiap pucuk yang keluar tu akan mengeluarkan bunga.. |
Tara.....banyak kan bunganya...lepas dah lebat berbunga baru digantung. Masa gantung ni siram je macam biasa dan letak baja sekali sekala. |
WAJIB GANTUNG!!! kalau nak PETUNIA BERBUNGA!!!!
Selain daripada pakai baja butir tu boleh juga kalau nak ubah selera pakai baja roti. Pernah dengar tak?? Kat sini saya letak link macam mana nak buat baja roti tu.....baja ni sesuai untuk semua jenis pokok. Try lah....
Link video kat sini..
Sekian cerita pasal Petunia...selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment