5 May 2014

CARA UNTUK BUAT TRIP MEMBORONG DI VIETNAM

Artikel ni aku tulis sebagai panduan untuk sesiapa yang bercadang nak pergi Vietnam tak kisah la apa tujuan korang, nak beli kain ke atau just nak berjalan-jalan. First time aku pergi Vietnam pada Oktober 2009 dengan kawan sekerja. Memang kami berdua tak pernah sampai ke sana sebelum ni.Kami main redah je...Syukur kami selamat pergi dan balik dengan bermacam-macam barang "dagangan" hehe.....

Baru-baru ni aku buatlah trip bawa kawan-kawan untuk merasai pengalaman kat sana. Tema kali ni melancong sambil bersoping....tempoh 3 hari 2 malam...
Tempat yang dilawati: 
Delta Mekong (one day trip) 
Cho Ben Thanh Market dan sekitar Ho Chi Minh City
Kilang Kain Telekung Hjh Basiroh dll...

Tip kat sana: 
  • bawa makanan tambahan sendiri seperti maggi atau apa sahaja sebab susah nak dapat makanan halal kat sini. Makanan di restoran halal agak mahal harganya.Buah-buahan memang banyak dan besar-besar.
  • tandas awam tiada air, bawa mineral water/tisu basah.
  • kalau beli barang di pasar Ben Thanh sila tawar semurah mungkin dan jangan dengar pujuk rayu gadis-gadis comey tu yer...
  • untuk USD10 dolar anda akan dapat sepasang baju/kain 4 meter/kain telekung bunga sulam 8.
  • berhati-hati dengan dompet sebab banyak penyeluk saku.
Sapa yang berminat nak ke Vietnam boleh hubungi aku k...

Pertama sekali: 
a) pastikan korang ada International     Pasport (cara nak dapatkannya pergi ke pejabat Imegresen yang terdekat. Bayaran RM100 untuk 2 tahun@ RM300 untuk 5 tahun. Kalau dah ada pastikan berbaki 6 bulan sebelum tamat tempoh.

 b) tiket kapal terbang ( contoh Airasia, MAS,Vietnam Airline) kalau nak murah beli time promosi.

 c) buat tempahan hotel melalui Agoda, Booking.com, Asiaroom atau mana2..supaya lebih senang apabila sampai di sana. Tak la terkejar-kejar nak mencari hotel.

 d) kemas beg...terbanggggg.....

Jom biar gambar berbicara....
Hotel penginapan kami.. 
Bilik memang selesa...



Malam pertama, keluar ronda-ronda sambil cari makan....
Dari kiri, Eduan, Syuk, Ustaz Nas dan aku....Rohaimi jurukamera..
Trademark Ho Chi Minch....moto, moto...motoooo....
Trip pertama di pagi hari, Sungai Mekong Tour...jauh jugak dalam sejam perjalanan pergi. So sediakan bekal banyak-banyak yerr...

Sam, tour guide kami yang sangat friendly....

On d way, berhenti rehat jappp...


Sebelum belayar ke Delta Mekong

Aku dan Ustaz Naz....memasing solo time ni...


Syuk dan Meen ...honeymoon yer....

Eduan dan Isteri, Hani..anak-anak?


Pengangkutan untuk ke Delta Mekong...nampak tak ada orang cuak...InsyaAllah selamat kak...

Dah sampai.....kita tengok apa aktiviti penduduk yang tinggal kat sini...cerita pasal lebah..


Ular.....
Bakal ratu ular....
Berperahu ...kat sini semua perempuan tau yang kayuh perahu ni...bila selisih dengan perahu lain diaorang akan  berbisik tip,tip,tip....maksudnya faham-faham la...
Pertanian adalah aktiviti utama mereka...untuk promosikan produk pertanian mereka, pelancong akan diberi potongan  aneka buah-buahan untuk dirasa secara percuma...
Semua makanan yang dihidangkan ni percuma k...wajib rasa kalau tak beli tak pe....

Berehat sebentar sambil tunggu pelancong...........
Kak Piah ngan suami......
Sambil makan ada pulak gadis cantik ni menyanyi......waktu ni diaorang nyanyi lagu Jimmy Palikat tu Anak Kampung..fasih macam tak percaya orang Vietnam yang nyanyi...
Berkuda keliling kampung....
Family Eduan...baru nampak Erfan dan Irdina...
Sebelum balik hotel round-round dulu sekitar bandar...


1 comment: