16 June 2020

BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA JANGKITAN HIV DAN AIDS

Amaran!! 
Penulisan ini bukan untuk menggalakkan penularan HIV tetapi lebih kearah untuk mendidik masyarakat.

Rasanya tak perlu aku kenalkan lagi apa itu HIV sebab dari kecil korang dah tahu dan belajar di sekolah. Jom kita tengok apa itu HIV dan AIDS. Sebenarnya aku tergerak hati untuk menulis berkaitan penyakit ini disebabkan kerana sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kes-kes jangkitan terutamanya dikalangan remaja. Aku pernah jumpa remaja seusia 19 tahun dah kena HIV. PLHIV ialah gelaran bagi manusia yang menghidap hiv.(People Living With Hiv/Aids).

APA BEZA ANTARA HIV DAN AIDS?

HIV adalah sejenis virus yang akan memasuki / menyerang badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Human Immunodeficiency Virus' adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan. Apabila antibodi dalam badan telah dimusnahkan oleh virus maka badan kita akan mula menunjukkan gejala-gejala ke arah AIDS dan boleh menyebabkan kematian. Sebab tu lah pengambilan ubat pada tahap awal adalah penting supaya AIDS dapat dielakkan dan pesakit dapat hidup dengan sihat.


Jangkitan HIV di Malaysia pada pendapat aku banyak disebabkan oleh hubungan seks ( lelaki dengan lelaki, lelaki dengan perempuan). Jika melihat kepada trend sekarang kebanyakan kes baru melibatkan hubungan seks antara lelaki dengan lelaki (MSM/ Male Sex Male). Sebenarnya sebelum ni aku banyak membaca di twitter berkaitan dengan pesakit-pesakit HIV dan AIDS ni. Kekadang tu memang rasa kesian tapi apa boleh buat kan...nasi dah jadi bubur. Hanya kata-kata semangat yang boleh kita bagi.

Secara ringkasnya pesakit HIV dizaman sekarang ni sebenarnya lebih beruntung dari zaman dahulu kalau dari segi perubatan. Sekarang ni pesakit HIV ada ubat yang boleh surpressed kan virus tu. Nama ubat tu HAART (Highly Active Anti Retroviral Theraphy). Pesakit akan diberi dua jenis ubat untuk dimakan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan. Ubat tu warna biru dan kuning. Selalunya paling cepat virus dapat disurpressed kan 4 bulan jika pesakit mengambil ubat pada masa yang tepat dan teratur. Pesakit yang berjaya dipanggil U=U. Maksudnya Undetacable dan Untransmitted. Pada masa ini pesakit boleh melakukan hubungan seks tanpa kondom dan tidak akan menjangkiti pasangan. Kiraan virus dibuat dengan mengambil sampel darah dipanggil Viral Load (VL)

Begitu juga pesakit yang HIV yang sudah berkahwin jika mereka telah mencapai status U=U maksudnya mereka boleh mendapat anak yang sihat tanpa jangkitan HIV. Jadi jangan risau kepada anda yang telah dijangkiti, dijangkiti bukan bermaksud penamat kepada kehidupan anda. Anda masih lagi berpeluang untuk hidup secara normal tetapi perlu bergantung seumur hidup kepada ubat HAART.



Selain itu juga, pada masa sekarang terdapat ubat/pil khas yang boleh diambil oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup berisiko iaitu PrEP. Ubat ini perlu diambil berterusan sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Harga ubat ini lebih murah berbanding dengan PEP. Harga PrEP di Premier Klinik (Puchong Jaya) adalah lebihkurang RM350 dan RM80 untuk konsultasi.

Manakala untuk mereka yang telah melakukan hubungan seks dan telah terdedah dengan kebarangkalian untuk mendapat HIV boleh lah mengambil PEP. Ubat ini berlu diambil sebelum atau sejurus anda melakukan hubungan seks dengan mereka yang dijangkiti/disyaki dan paling lewat 72jam selepas itu. Ubat ini boleh mengurangkan risiko anda dijangkiti. Harga ubat ini di Premier Klinik (Puchong Jaya) ialah RM2150 untuk sebulan dan RM80 konsultasi. Kenapa mahal??? kerana PEP ialah gabungan beberapa ubat HAART. Selain itu juga tambahan lebihkurang RM450 untuk pengambilan sampel darah untuk ujian hati dan buah pinggang.(bagi PrEP & PEP) Jika ingin lebih berasa selamat bolehlah mengambil suntikan STD sekali. Banyakkan??!!! belanja yang terpaksa dikeluarkan?? Oleh itu jangan sekali-kali terlibat dengan seks yang tidak selamat!!!!!!!!!!!

Kalau kita melihat trend di negara maju seperti UK bilangan jangkitan baru semakin berkurang sehingga 70% kerana pengambilan ubat tersebut selain daripada mengamalkan seks selamat misalnya dengan menggunakan kondom.



BAGAIMANA HIV/AIDS BERJANGKIT?


CARA MEMAKAI KONDOM LELAKI DENGAN BETUL


CARA MEMAKAI KONDOM PEREMPUAN DENGAN BETUL


PERATUS KADAR JANGKITAN HIV/AIDS JIKA MENGGUNAKAN ALAT/UBAT BERIKUT:

PASTIKAN ANDA MEMAKAI KONDOM JIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS TIDAK SELAMAT!!!!!!


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI ANDA TELAH DIJANGKITI???


YUP!! GET TESTED!!

Kalau anda rasa anda merupakan golongan berisiko dan ingin mengetahui status anda, bolehlah hubungi outreach worker di kawasan anda. JANGAN MALU!!!!!
INGAT JIKA ANDA MEMULAKAN TREATMENT PADA PERINGKAT AWAL ANDA MASIH BOLEH DISELAMATKAN!!
Tetapkan temujanji dan mereka akan jalankan ujian dengan test kid. Jika comfirm anda dijangkiti mereka akan membantu anda berjumpa doktor di klinik atau hospital berhampiran. Jangan malu atau segan. Mereka akan membantu anda. Jika anda tidak yakin untuk ke klinik sendirian, mereka boleh menemani anda sepanjang menjalankan ujian dan mengambil darah. Selain itu jika anda inginkan kondom percuma bolehlah hubungi mereka. FREE CONDOM!!!!



Ini semua outreach worker di kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk outreach di negeri dan kawasan lain boleh dapatkan di internet.

Selain itu perlu diingat juga selain HIV/AIDS ada juga penyakit bawaan seks yang lain yang amat merbahaya. Oleh itu jauhi SEX bebas!!

TEMPOH PENGERAMAN VIRUS/ BAKTERIA SEBELUM MENUNJUKKAN GEJALA PENYAKIT BAGI PENYAKIT BAWAAN SEKS (STD)



Bersambung dengan penyakit bawaan seks selepas ini......