14 July 2020

CARA BUAT TRIP KE JEPUN



Sebenarnya trip ni dah lama tapi sebab sibuk sangat terperam macam tu je...hr ni try siapkan juga.

Sebenarnya ni lah pengalaman pertama aku ke Jepun. Seperti sebelum ni juga semua aku uruskan sendiri dari A to Z. Seperti sebelumnya perkara pertama mesti beli tiket flight dulu lah..kali ni aku beli kat Thai Airways. Bagi aku Thai Airways memang best 5 bintang aku bagi. Jom tengok ringkasan perjalanan aku..

Flight: Thai Airways
Harga: (return) RM 3400 / Kuala Lumpur- Narita (RM868 p/p)
Bilangan ahli: 4 orang (dewasa)
Tarikh perjalanan :14-20 OKTOBER 
Musim: Luruh (Autumn) tapi tak berapa peak lagi...
Hotel: AIRBNB-Shinjuku. (apartment)

Jom kita belajar cara beli tiket dekat laman web Thai Airways. Bagi pendapat aku, best naik flight Thai Airways ni, selesa dan makanan dia sedap-sedap. Aku suka warna kerusi dia purple dan pink sejuk mata memandang. 

Taip kat GOOGLE Thai Airways

Ambil BOOK/ isikan ditir (tarikh pergi bali, bilangan penumpang dll)



 
Pilih masa untuk terbang (pergi balik)


Nanti bila korang transit dekat Bangkok tak perlu ambil bagasi, just bawa diri je untuk connecting flight seterusnya.  Urusan pemindahan bagasi diuruskan oleh airline. Inilah kelebihan kalau ambil connecting syarikat flight yang sama, kebarangkalian nak terlepas flight tu kurang la sikit sebab mereka akan tunggu sampai flight dari Kuala Lumpur tiba baru perjalanan ke Narita diteruskan. Sebenarnya sama je untuk setiap syarikat penerbangan. Jadi kat sini korang boleh la pilih nak transit lama mana. Bagi aku satu jam sudah mencukupi. Keluar dari flight terus ke tandas kemudian beratur terus ke bilik transit dan beratur semula. semasa beratur ni korang perlu melalui pemeriksaan imigresen sekali lagi. Kalau korang tak biasa dengan Airport kt Bangkok baik transit lama sikit sebab nak kena berjalan jauh juga ke balai pelepasan untuk connecting flight. Jika dalam group korang ada orang berusia transit la lama sikit. Take time jangan tergesa-gesa.


Fare summary.

Kalau dah puas hati pasal tambang boleh terus procedd. Sebelum tu isikan nama penumpang ikut paspot dengan betul. Hari tu aku tersalah letak bin dekat butiran isteri. Terpaksa emel airline dan betulkan. Fee untuk pembetulan tu dalam RM140. Fee bayar pakai transfer je sb dia akan bagi nombor akaun.

Lepas dah comfirm dan buat bayaran pakai kad kredit, nanti dia akan hantar electronic tiket ke emel yang korang daftarkan. Print electronic tiket ni dan boleh tunjukkan kepada staff semasa nak cekin di kaunter. Nanti dia akan cekin sampai leg. Maksudnya korang akan dapat boarding pass dari KL- Bangkok. Bangkok - Narita. Ada dua set boarding pass. Boarding pass Bangkok ke Narita tu simpan elok-elok sebab nanti akan pakai masa nak naik flight kt Bangkok. 

Ni ditir perjalanan kami, termasuk nombor kerusi. No kerusi ni boleh pilih masa korang beli tiket tu.

Ni ringkasan harga untuk seorang

Ok selesai part beli tiket. Lepas ni bolehlah beli sendiri tiket flight korang. Mudah je....

PERSEDIAAN KE JEPUN

Kat Jepun nanti korang kena banyak berjalan tau...orang Jepun berjalan laju dan berlari-lari tak macam korang kat Malaysia berlenggang itik...mula-mula sampai mesti korang rasa penat tengok keadaan macam tu dan sesak...tapi lama-lama ok lah...nak sangat datang Jepun kan...padan muka..


Ubatan yang dibawa
Vitamin C dan Counterpain tu wajib kena ada. Nanti dah lenguh-lenguh kaki boleh sapu.


Makanan segera cepat dimasak

Sepanjang aku kat Jepun, jarang makan kat kedai. Sebelum keluar berjalan kami akan makan nasi yang dimasak oleh isteri aku dulu begitu juga makan malam. So jimat lah sikit sebab belanja kat Jepun ni mahal. Sekali makan untuk sorang dalam 2000 yen paling murah..(RM80). Ok x?
Kebanyakan perbelanjaan kat sini habis untuk tambang pengangkutan dan tiket masuk sahaja.  


Makanan atas flight, boleh pilih muslim food masa booking tiket



Boarding pas dari Bangkok ke Narita

Nanti korang akan dapat dua set boarding pas, satu dari KL ke Bangkok dan satu lagi dari Bangkok ke Narita. Boarding pas yang kedua tu simpan elok-elok sebab nanti nak cekin dekat airport Bangkok.