CARA MENDAPATKAN BORANG
Borang yang perlu diisi ialah P.U.(A) 275 Jadual Pertama berwarna pink. Borang boleh didapati di :
i. mana-mana sekolah terdekat
ii. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)- terdapat 10 PPD di Negeri Selangor iaitu:
1. Petaling Perdana
2. Petaling Utama
3. Klang
4. Gombak
5. Kuala Selangor
6. Hulu Selangor
7. Sepang
8. Hulu Langat
9. Kuala Langat
iii. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)
iv. muat turun dari laman sesawang
CARA MENDAPATKAN BORANG MELALUI ONLINE
Step 2: klik Murid BUkan Warganegara
Step 3: Klik pada borang dan download
Semua borang dan dokumen perlu dibuat dalam 3 salinan.
Bahagian II pada muka surat 3 diruangan tandatangan guru besar, pemohon perlu mendapatkan tatandatangan dan cop dari guru besar atau pengetua sekolah yang ingin dimohon.
Jika permohonan untuk ke sekolah menengah, tandatangan pengetua diperlukan. Jika permohonan untuk sekolah rendah perlu mendapatkan tandatangan guru besar.
Contoh:
Murid tahun 6 membuat permohonan untuk ke tingkatan 1, maka perlu ke sekolah menengah yang ingin dimohon dan minta pengetua tandatangan dan cop.
Bagaimana jika guru besar atau pengetua tiada? Pemohon boleh dapatkan tandatangan penolong kanan.
Borang permohonan dan dokumen yang telah siap boleh dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah di mana sekolah tersebut berada atau datang sendiri ke kaunter 3 Unit Pra dan Rendah Jabtan Pendidikan Selangor.
KATEGORI MURID BUKAN WARGANEGARA
Terdapat beberapa kategori murid bukan warganegara iaitu:
1. Anak kandung/ anak angkat atau anak jagaan kepada ibu atau bapa/ penjaga yang salah satunya warganegara Malaysia.
2. Anak pemastautin tetap.
3. Anak yang kedua ibu bapanya adalah bukan warganegara misalnya pegawai dari kedutaan, pemegang employment pass kategori 1 atau 2.
4. Pelajar dari negara dimana kerajaan Malaysia ada membuat perjanjian persefahaman.
Mulai 2021 anak pemegang visa MM2H tidak dibenarkan lagi bersekolah di sekolah kerajaan(kategori permohonan baru iaitu darjah satu, tingkatan satu serta mereka yang pertama kali ingin ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan). Bagi yang telah berada di dalam sistem akan disambung sehingga habis kohort tersebut.
Klik link ini jika anda ingin menyertai channel telegram murid bukan warganegara Selangor (MBW). Saya akan cuba membantu tuan/puan berkaitan permohonan MBW di sana.
Taip di ruangan search telegram:
or click t.me/muridbukanwarganegaraMBW
PERMOHONAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE TINGKATAN 6
Permohonan adalah dibuka untuk semua murid bukan warganegara yang layak sahaja iaitu mereka yang menepati syarat-syarat dibawah.
Terdapat tiga jurusan yang ditawarkan iaitu JURUSAN STEM, JURUSAN SAINS SOSIAL dan JURUSAN AGAMA.
Terdapat syarat Am dan syarat Khas yang perlu dipenuhi iaitu:
Syarat Am- LULUS SPM dengan KEPUJIAN Bahasa Melayu dan LULUS SEJARAH.
Berumur 18 tahun pada tahun semasa untuk kemasukan ke Semester 1.
Syarat Khas-
Jurusan STEM
Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian bagi BIDANG SAINS, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan jumlah mata gred tidak melebihi 18 mata kognat.
Jurusan Sains Sosial
Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian bagi bidang SAINS SOSIAL dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 mata kognat.
Jurusan Agama
JURUSAN AGAMA pula pelajar perlu mendapat tidak lebih 14 mata kognat dan KEPUJIAN Bahasa Arab.
Berikut merupakan pengiraan gred untuk menentukan mata kognat.
No comments:
Post a Comment