Bila diperhatikan betul-betul rupanya rama-rama ni suka bertelur kat pokok limau kan...kalau ada pokok limau mesti ada ulat beluncas.
Beberapa hari lepas aku nampak ulat beluncas kat pokok limau aku (memang banyak), sengaja aku biarkan ia kat situ...kebetulan pulak mak aku datang dari kampung, dia cakap jangan dok biarkan satgi pokok tu tinggal batang je..tapi kan biarlah takkan ulat tu nak makan semua daun tu, lepas dua tiga hari nampak pulak dah jadi kepompong tapi kali ni dah berpindah kat pagar rumah...elok je dia melekat kat situ..
Anak aku Danial cakap nak bela, kesian pulak aku...so tengoklah....
|
Kecil lagi.. |
|
Dah nak jadi kepompong ambik masa satu hari jugak... |
|
Cuba cari ada berapa ekor ulat?.. |
Balang kepompong ni dia simpan dalam bilik tidur dia, katanya nak tengok dia bertukar jadi rama-rama...
Akhirnya selepas satu minggu menanti..
Pandai dia posing...memang mesra camera...
No comments:
Post a Comment