17 May 2020

CARA BAGI POKOK JAMBU BATU BERBUAH LEBAT

SAPA SUKA MAKAN JAMBU BATU ANGKAT TANGAN HAHA..




Sebenarnya untuk tanam jambu batu ni tak lah sesusah mana. Kali ni saya nak tunjukkan cara melebatkan pokok jambu batu berbuah. Kita tidak perlukan kawasan yang luas cukup jika ditanam di tepi-tepi rumah untuk yang tinggal di rumah teres macam saya.

Pokok jambu batu ni bapa saya semasa pesta konvokesyen UPM dekat MARDI dua tahun dahulu. Masa beli tu pokok nya memang kecik lebihkurang satu kaki tinggi.



LANGKAH 1
Pertama sekali sebelum tanam, korek lubang bagi dalam sikit lebihkurang 1kaki x 1 kaki dan letak tanah baru berselang seli dengan baja butir 15,15,15 atau baja organik. Lepas tu baru tanam pokok jambu tu.

Selepas beberapa bulan atau selepas jambu mula berbuah buat pertama kali, kita boleh mula train dia berbuah mengikut kitaran masa seperti yang saya buat. Pokok jambu batu ni bukan buah bermusim ya. Tetapi kita boleh tentukan masa pokok tu perlu berbuah banyak pada satu-satu sesi manakala pada masa-masa lain ada juga buah tapi tak banyak. Kiranya boleh makan buah sepanjang tahun la..

LANGKAH 2
Selepas buah pertama/ sulung diambil selesai diambil (maksudnya buah dah licin haha) biarkan pokok rehat selama lebih kurang 2 minggu dan kerat ranting atau dahan yang telah mula naik memanjang dan juga ranting yang dah berbuah tu. Potong agak-agak jangan sampai habis. Sebabnya nak bagi pokok tu rendang.  Kemudian letak baja NPK 15.15.15 yang boleh dibeli di kedai. Saya selalu gunakan baja yang dibeli di Speed Mart sebab lebih murah lebihkurang RM2.45 untuk 400g berbanding RM5.99 kalau beli di nurseri untuk baja yang sama. Baja tu warna hijau.Dalam masa ni pokok akan mula mengeluarkan pucuk baru, selepas sebulan letak baja bunga warna merah. Selalunya pucuk baru yang keluar akan mula mengeluarkan kudup bunga.
Apabila pucuk semakin matang, bunga akan mula keluar. Maksudnya kita bagi masa untuk pokok recover semula dan mula berbunga selepas 3 bulan rehat. 

Bunga jambu batu....



Bunga jambu akan keluar berpasangan selalunya...


LANGKAH 3
Putik buah yang keluar perlu di sembur dengan semburan anti serangga 2,3 hari sekali sehingga putik tu sebesar ibu jari.(boleh tengok dekat utube) Kemudian balut dengan kertas surat khabar. cara buat pembalut ada saya tunjukkan di link utube. Mohon like dan subcribe ya..!!

Kemudian, kita boleh mulakan pembajaan (NPK15.15.15) selang dua minggu sekali sehingga buah boleh dimakan. InsyaAllah buah tidak akan rosak disengat serangga dan besar-besar kesemuanya sebab dapat baja yang cukup. Baja ni boleh dapatkan di Speedmart 99. Murah pun murah RM2.45 sahaja. Ni harga kat nurseri cekik darah oiii...
Baja NPK 15.15.15

Jom kita tengok pic pokok jambu batu saya. Jambu ni ada biji tau. Sapa yang berminat nak dapatkan benih boleh emel saya sebab saya ada buat tut. Sepokok RM35 haha...

Ni masa pokok baru belajar berbuah, saya belum train lagi..
Buah agak banyak juga walaupun belum letak baja buah


Ni hasilnya selepas membaja dengan teratur...2 biji boleh dapat sekilo...
Cantik kan kulit dia..ni lah rupanya kalau kita balut masa dia masih kecil...sebab tu dalam Islam perempuan kena pakai tudung

Sekian......

13 May 2020

CARA MENJAGA PETUNIA AGAR BERBUNGA LEBAT

PERNAH TANAM PETUNIA?
Petunia adalah suatu genus tumbuhan berbunga dari keluarga Solanaceae yang bunganya berbentuk trompet. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Secara fisik, tinggi tanaman ini antara 16–30 cm, bunganya ada yang berbentuk tunggal (selapis) dan ada pula yang berlapis dengan warna yang bervariasi (misalnya merah, putih, kuning pucat, biru, dan ungu tua). 

Berdasarkan pengalam saya menanam petunia, tumbuhan ini tidak begitu cerewet dalam penjagaan dan amat mudah untuk tumbuh. 

Dimana boleh dapatkan pokok Petunia? Nurseri atau pun melalui pembelian biji benih secara online misalnya di Shopee. Anak pokok yang sudah besar selalunya banyak dijual di nurseri manakala jika menanam melalui biji benih perlulah menanam sendiri. Sepokok Petunia sekali dengan pasu berharga lebihkurang RM12. (nurseri di Puchong)


APA PERLU DIBUAT JIKA ANDA PERTAMA KALI MEMBELI PETUNIA?

Selalunya pokok yang dijual di nurseri siap berbunga walaupun nampak masih kecil. Barulah orang tertarik nak beli kan?... Pertama sekali letak Petunia di luar rumah dan biarkan dia kena matahari sedikit dahulu. Letaklah di bawah bumbung atau gantung di bawah pokok. Biarkan pokok petunia terdedah kepada matahari pagi. Pokok perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang. Selepas seminggu, potong semua dahan-dahan Petunia yang menjalar. Buat lebihkurang macam orang perempuan yang berambut panjang dipotong pendek. Boleh bayangkan tak? haha..... Saya tahu ramai yang tak sanggup nak potong sebab Petunia masih berbunga kan. Tapi percayalah selepas dipotong petunia akan mengeluarkan pucuk yang banyak dan mengeluarkan bunga yang sangat banyak. Selepas potong tu, tukar tanah baru. Saya pakai tanah hitam sawit yang dibeli dari satu grup facebook. 20kg harganya RM15. 

Boleh tengok video kat sini cara menukar tanah pokok petunia. Kt video ni sy guna tanah yg dibeli kt nurseri. Tanah sawit habis pulak..


Lepas dah tengok tu like dan subcribe ya..thanks

Manakala pembajaan dilakukan dua minggu sekali. Jika mengikut cara saya, saya lebih suka menyiram pokok petunia dengan air baja yang dibuat sendiri. Cara membuat air baja boleh tengok dekat link berikut. Please like and subcribe haha....

Video di bawah..


Bila siram air baja ni kadang-kadang pokok akan layu keesokannya. Caranya siram air baja pada sebelah petang. Kemudian esoknya pagi-pagi siram semula dengan air biasa. InsyaAllah pokok tak akan layu. Lagi satu kuantiti baja yang korang letak tu pun mempengaruhi juga....segenggam baja lebih kurang 2 liter air.


Jom tengok gambar Petunia saya...


Ni masa mula-mula beli...ada bunga sikit-sikit. Potong ranting-ranting yang berjuntai tu dan tukar tanah hitam. Saya pakai tanah sawit.



Ni dalam 2 minggu lepas saya potong yang berjuntai-juntai tu...dah mula naik tunas baru...

 Masa nilah kena selalu siram dengan air baja dan bagi dia kena cahaya matahari. Kalau boleh matahari pagi sahaja...kalau tak dapat cahaya sepenuhnya dia akan rimbun sebelah sahaja.


Ni pun sama dalam proses treatment..dia akan keluar juga bunga sikit-sikit...



Ni hasilnya dalam 3 minggu lebih.....setiap pucuk yang keluar tu akan mengeluarkan bunga..

 




Tara.....banyak kan bunganya...lepas dah lebat berbunga baru digantung. Masa gantung ni siram je macam biasa dan letak baja sekali sekala.

WAJIB GANTUNG!!! kalau nak PETUNIA BERBUNGA!!!!

Selain daripada pakai baja butir tu boleh juga kalau nak ubah selera pakai baja roti. Pernah dengar tak?? Kat sini saya letak link macam mana nak buat baja roti tu.....baja ni sesuai untuk semua jenis pokok. Try lah....

Link video kat sini..


Sekian cerita pasal Petunia...selamat mencuba.







6 May 2020

TEMU DUGA JAWATAN PENOLONG PENGARAH DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Pejam celik rupanya dah 3 tahun 9 bulan aku menjadi PK Kokurikulum di sekolah. Rasa nak berubah angin lah pulak...
Hari tu last minit dah trylah isi borang jawatan dekat JPN, tapi tidak dinyatakan jawatan apa. Memang langsung tak berharap akan dapat. Cuma nak try test market je..haha..Borang tu pun dah hantar hari terakhir sb masih berbelah bagi takut juga kalau dapat sebab masa ni tengah sambung belajar buat master mod cuti sekolah. Maksudnya bila cuti sekolah aku pi kelas. nanti kalau dah opis hour macam mana nak apply cuti kan?...So ambil keputusan call pegawai dekat JPN tanya dan mereka maklumkan boleh je pakai surat kelulusan belajar tu nanti. Maksudnya nanti time kuliah pergi jelah ambil cuti kursus sambilan. Bila dapat maklumat tu je, terus isi borang dan hantar.

Sebulan macam tu dapat panggilan telefon, suruh pegi interview di JPN.

Cerita pasal interview tu hari Jumaat bulan 8 jam 8.00 pagi...pada hari kejadian tu semua calon dikumpulkan dalam satu bilik kemudia dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada lima orang. Kumpulan aku masa tu ada sorang Guru Besar, 2 PK Hem dan 2 PK Koko.

Bilik menunggu sebelum dipecahkan kepada tiga kumpulan.
 
Muka x leh senyum...dok fikir apa soalan nak kena jawab!! haha..


Temuduga tu ada lisan dan ujian berkomputer. Kiranya hari tu lepas temuduga lisan, kami terus ke bilik komputer untuk buat ujian personaliti selama sejam. Soalan-soalan yang ditanya?? Macam-macam...kalau korang orang yang buat kerja kat sekolah comfirm boleh jawab....tapi kalau sekadar pandai bercakap je.....mengucap siap-siap lah....

Akhirnya dalam sebulan lebih juga aku dapat panggilan dari JPN suruh pergi ambil surat tawaran jawatan. Mulut ringan je nak tanya jawatan apa tapi hati cakap sabarrrr........memang tak sabar lah nak tau apa jawatan aku dapat. Dalam masa yang sama terus terbayang sekolah...nak kena tinggalkan guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang aku anggap dah macam kakak sendiri. Terus rasa sedih.......nak nangis pun ada. Memang tak rasa seronok langsung....terbayang-bayang detik perpisahan tu.....

Esoknya 1 Oktober 2019, seperti dijanjikan kami semua yang berjaya sebanyak 20 orang berkumpul di dalam bilik mesyuarat utama. Selepas ucapan Dr Pengarah barulah nama kami dipanggil satu persatu beserta jawatan dan diserahkan surat lantikan oleh dr pengarah Dr Mahanom binti Mat Som.

Mula-mula nama dipanggil tu rasa macam kena kejutan elektrik sebab jawatan yang aku dapat Penolong Pengarah Unit Menengah dan Tingkatan 6. Oucchhhhh...jauh benor dengan tugas aku sekarang....terbayang kena pergi SMK dah lah aku ni comel je...nampak macam budak sekolah haahaa...ada dua orang dapat jawatan di unit yang sama. Bersambungggggggg........

5 May 2020

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH

Hari ni 5 Mei 2020 merupakan hari pertama saya bekerja setelah PKP akibat daripada serangan Covid-19. Balik kerja terus saya menulis blog yang dah lama saya tinggalkan ni...

Hari ni saya nak share berkaitan dengan KERTAS KERJA PROGRAM  di sekolah. Sebenarnya hampir kesemua kertas kerja program sekolah semasa saya menjadi Penolong Kanan Kokurikulum dibuat sendiri oleh saya,(sekarang saya ke JPN Selangor sebagai Penolong Pengarah) Jadi di sini saya nak share kepada yang berminat dengan mengenakan bayaran. Bukan apa sebab kalau saya bagi percuma memang selalunya tidak dihargai. Kebanyakan kertas kerja ni melibatkan program dibawah Unit Kokurikulum. Saya akan bagi soft copy dan cikgu-cikgu hanya perlu ubah mengikut kesesuaian sekolah sendiri. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghantar emel ke alamat chairool2020@gmail.com. 

Di bawah ni adalah senarai kertas kerja dan harga. Setelah pembayaran dibuat saya akan emelkan soft copy.


KERTAS KERJA PROGRAM PIBG 

Kalau orang tanya kenapa mahal, sebab ini lah part yang paling susah dan sangat renyah. Memang kalau ikutnya tidak ternilai.
  1. Kertas Kerja Aktiviti PIBG ( ...thon) Jogathon, Ceriathon, Senamrobikthon (terlengkap A-Z) 
*kertas kerja dan semua surat menyurat sepanjang program. 

Kalau siapa complain mahal sila buat sendiri ya. Kertas kerja semua ni saya buat sendiri ya...


KERTAS KERJA
  1. Kertas Kerja Sukan Tahunan
  2. Kertas Merentas Desa/ Roadrun
  3. Kertas Kerja Hari Sukan Negara ( Oktober)
  4. Kertas Kerja Perlawanan Antara Rumah Sukan/ Kelas
  5. Kertas Kerja Sambutan Hari Guru 
  6. Kertas Kerja Mohon Sumbangan
  7. Kertas Kerja Lawatan Sekolah (FRIM, KLCC, antara negeri,  dan lain-lain)

 ISI KANDUNGAN BUKU KOKURIKULUM & BUKU PENGURUSAN 

  1. Buku Aktiviti Perjumpaan Unit Koko (Sukan Permainan/ Kelab Persatuan/ Unit Beruniform) terlengkap. Cikgu cuma perlu print dan jadikan buku sahaja.
  2. Buku Pengurusan Tahunan Unit Kokurikulum (untuk Penolong Kanan Kokurikulum/ Setiausaha Koko)

PERLEMBAGAAN 
  1.  Perlembagaan Unit Beruniform sekolah rendah
  2.  Perlembagaan Kelab/ Persatuan sekolah rendah
  3.  Perlembagaan Sukan Permainan

 LAPORAN DAN SURAT 
  1.  Laporan Aktiviti satu mukasurat dan 1 muka surat bergambar
  2. Laporan Lawatan Sekolah
  3. Isi Kandungan Fail Unit Kokurikulum (divider setiap Unit Beruniform/ Kelab Persatuan/ Sukan Permainan)
  4. Surat Permohonan Peruntukan kepada PIBG ( Action Song, Bola Baling dan lain-lain)
  5. Surat Mohon Sumbangan dan Tajaan 
  6. Lain-lain surat (jemputan dll)

*terlengkap bermaksud complete set

VIRUS CORONA MENYERANG DUNIA DI TAHUN 2020

SEJARAH VISUS CORONA

Virus Corona (CoV) adalah keluarga besar virus yang yang dapat menginfeksi burung dan mamalia, termasuk manusia. Menurut World Health Organization (WHO) virus ini menyebabkan penyakit mulai dari flu ringan hingga infeksi pernafasan yang lebih parah seperti MERS-CoV DAN SARS-CoV.

Virus Corona bersifat zoonis artinya ia merupakan penyakit yang dapat ditularkan antara haiwan dan manusia. Rabies, Malaria, merupakan contoh dari penyakit zoonosis yang ada. Begitu pula dengan MERS yang ditularkan dari unta ke manusia.

Selama 70 tahun terakhir, para ilmuwan telah menemukan bahawa virus corona dapat menginfeksi tikus, anjing, kucing, kuda, babi, dan haiwan ternak. Kekadang, haiwan-haiwan ini dapat menularkan virus corona ke manusia.

Virus corona bertanggung jawab atas beberapa wabak di seluruh dunia, termasuk pandemik Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) 2002-2003 dan wabak Middle East Respiratory Syndrome (MERSS) di Korea Selatan pada tahun 2015.
Baru-baru ini, virus corona baru muncul dan dikenal sebagai COVID-19 memacu wabak di Cina pada Desember 2019, dan merebak ke seluruh dunia sehingga WHO mengistiharkannya sebagai pandemik global.

Nama Corona diambil dari Bahasa Latin yang berarti mahkota, sebab bentuk virus corona memiliki paku yang menonjol menyerupai mahkota dan korona matahari. Saintis pertama kali mengisolasi virus corona pada tahun 1937 yang menyebabkan penyakit bronkitis menular pada unggas.
Kemudian pada tahun 1965, dua orang peneliti Tyrrell dan Bynoe menemukan bukti virus corona pada manusia yang sedang flu biasa, melalui kultur organ trakea embrionik yang diperoleh dari saluran pernapasan orang flu tersebut.

Pada akhir 1960-an, Tyrrell memimpin sekelompok ahli virologi yang meneliti strain virus pada manusia dan haiwan. Di antaranya termasuk virus infeksi bronkitis, virus hepatitis tikus dan virus gastroenteritis babi yang dapat ditularkan, yang semuanya telah ditunjukkan secara morfologis sama seperti yang terlihat melalui mikroskop elektron. Kelompok virus baru yang bernama virus corona, kemudian secara resmi diterima sebagai genus virus baru.


 Sehingga penulisan ini dibuat pada tanggal 6 Mei 2020, seramai 3 724 511 orang telah dijangkiti virus Covid-19 diseluruh dunia dengan jumlah kematian 258 026 orang manakala yang telah sembuh ialah sebanyak 1 240 705 orang. Negara paling teruk terjejas ialah Amarika Syarikat dengan jumlah 1 237 627 orang dan kematian 72 270 orang. (data 5 Mei 2020).

Malaysia sendiri sudah menguatkuasakan 4 fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

PKP Fasa pertama 18/3/2020 - 31/3/2020
PKP Fasa kedua 1/4/2020 -14/4/2020
PKP Fasa ketiga 15/4/2020 - 28/4/2020
PKP fasa kemepat 29/4/2020 - 12/5/2020

Sehingga penulisan ini dibuat 6 Mei 2020 di Malaysia seramai 6383 orang telah dijangkiti dan 106 kematian. 4567 kes telah sembuh dan 1710 masih dalam rawatan. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengangkat virus ini segera. 



COVID-19 (Coronavirus): What You Need to Know
VIRUS CORONA DI BAWAH MIKROSKOP













26 June 2019

BANGUN DARI LENA YANG PANJANG

Salam semua, apa kabar?
Dah lama tak update blog. Dah bersawang rupanya.

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua readers yang masih sudi menjengah kesini. Ingatkan dekat tiga tahun tak update dah berkubur. Rupanya bilangan pelawat semakin ramai la pulak...dah 117K. OMG. 

Sebenarnya dalam masa tiga tahun ni macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku sebagai seorang manusia. Sibuk memanjang je...walaupun kekadang terlintas juga nak update blog ni...

Selepas last update pada tahun 2016 tu, aku sibuk dengan kerja-kerja hakiki semestinya, lepas tu masuk fasa kesedihan sampai tak lalu nak update blog ni sebab anak aku meninggal. Ceritanya selepas lebih 10 tahun menunggu untuk mendapat anak ketiga, Allah makbulkan doaku. Dia anugerahkan aku seorang anak perempuan yang sangat comel Nur Saffiya Khadeeja bin Khairil Anuar( nama ni isteri aku yang bagi) selama 58 hari. Kemuadia pada Jumaat 4 November 2016 dia meninggaldunia disebabkan kerana masalah jantung kerana dia disahkan mempunyai SINDROM PATAU. 

Nanti aku nak buat entry khas dedikasi untuk anak kecil aku ni...memang kalau ikut hati nak tulis macam-macam tapi bila tergerak hati tak tau pulak nak mula dari mana..sesungguhnya perkara yang paling sedih dalam kehidupan seorang hamba Allah terutama jika dia seorang ibu atau bapa ialah  bilamana kehilangan anak. hanya mereka yang pernah mengalami sahaja akan tahu betapa sedihnya aku. Tetapi alhamdulillah tu lah yang menjadikan aku kuat dan tabah. Sesungguhnya apa yang kita dapat pada hari ini adalah pinjaman dari Allah sahaja dan bila-bila masa sahaja dia boleh ambil balik. 

Selepas itu sibuk dengan anak sulung ambil UPSR. Sebenarnya pada hari isteri aku melahirkan anak aku tu, hari pertama anak aku ambil periksa. Selepas hantar dia pagi tu, terus ke hospital untuk hantar isteri operate. Kesian dekat dia....masa ibu bapa perlu ada disisi kami tak ada di sana...

Selepas itu sibuk dengan anak kedua pulak UPSR, masuk asrama dan berulang alik hantar dia ke Jempol Negeri Sembilan. Setiap minggu aku berulang alik tengok dia kat asrama. 

Sekarang pulak aku sibuk sebab sambung belajar buat master dekat UIA. Aku suami isteri belajar bersama-sama. Bila dah masing-masing sibuk ni kuranglah sikit untuk mengenang kesediahan yang telah kami tempuhi bersama. Pada tahun ini juga anak aku yang sulung akan ambil PT3. Sekejap je kan masa berlalu...

Di kesempatan ni sesiapa yang sudi boleh follow ig aku. Ig ni baru je created sebab aku dah deleted akaun facebook. Memang gila glamour betul kan...nak tambah folower...

Klik kat link dibawah..

https://www.instagram.com/invites/contact/?i=vuofmtnnmemy&utm_content=44dygzg


tqtq



27 June 2016

AKU DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Dua tiga bulan ni, aku agak sibuk. Aku dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan kokurikulum di sekolah baru. SK Puchong Utama 1. Sebelum ni dah 10 tahun aku di SK Puchong Utama 3 sebagai guru akademik yang mengajar Sains Tahun 6. 

Bermula 1 Januari 2016 aku mulakan tugas di tempat baru. sebenarnya memang tak pernah terfikir yang aku akan dinaikkan pangkat secepat ini. 

Tahun 2016, ini merupakan sekolah aku yg keempat. Pertama kali posting di SK Bukit Kuchai. Aku kat sana lebihkurang 6 bulan, kemudian bertukar ke SK Bandar Sunway selama 5 tahun. Tahun 2006 aku berpindah ke SK Puchong Utama 3 sehinggalah 2015. Dibawah dua orang guru besar, Pn Norihan bt Samion yang seperti ibuku sendiri. Banyak nasihat dan cara dia mentadbir sebagai seorang ketua menjadi pegangan aku. Beliau pencen pada 1 januari 2015 dan diganti oleh Pn Norida Hanafiah. Seorang guru besar yang begitu straight dan banyak perkara yang aku belajar daripada beliau terutama dari segi failing dan surat menyurat. Dua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan aku!

Sejarah perkhidmatan aku pula,pertama kali aku posting pada 24 Julai 2000 dengan Gred 29, lulusan Diploma Perguruan dari Institut Perguruan Darulaman opsyen Sains dan Kemahiran Hidup. Tahun 2004 aku menyambung pengajian peringkat Ijazah di OUM dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pendidikan (Sains) dengan kepujian pada tahun 2009. Aku lewatkan grade sebab nak kejar gred 32. Alhamdulillah Julai 2010 aku naik pangkat ke Gred 32, rezeki datang lagi pada Oktober tahun yang sama aku mendapat Gred 41. Pada tahun 2010 juga aku mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Oktober 2015 aku mendapat Gred 44 dan 1 Januari 2016 aku dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum diusia 37 tahun.



11 April 2016

ALAMAT EMEL

CONTACT BY EMEL

Salam, kepada readers yang nak bertanyakan apa-apa sahaja yang berkaitan boleh emel saya terus ke chairool2020@gmail.com.

Saya memohon maaf sebab mengambil masa yang lama untuk membalas emel tuan/puan disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja. 

26 December 2015

TRIP KE KOREA SELATAN

Entry kali ni nak cerita pasal trip bersama family ke Korea Selatan. Apa yang akan aku ceritakan ni adalah berdasarkan pengalaman pertama kali aku ke negara empat musim. So bolehlah dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada sesiapa  yang berhajat nak kesana. Mungkin apa yang aku ceritakan tak sama dengan pengalaman orang lain, so ikut penilaian masing-masing lah yer... 

Ringkasnya:

 Tarikh perjalanan : 30/11- 6/12/2015
 Bil hari : 6 hari 5 malam
 Flight : Vietnam Airline (VN)
 Tiket Flight: RM 3500+-
 Bilangan ahli : 2 dewasa/ 2 kanak-kanak
 Musim: Winter
 Hotel: Beewon Guesthouse, Seoul
           (360 000 KRW- booking.com)
 Pakej: Sendiri/ ala-ala Backpackers

Aku akan ceritakan secara ditirnya setakat yang aku ingat lah yer dari mula-mula planning sampailah balik semula ke Malaysia. Perancangan yang aku buat ni lebihkurang 6 bulan. Begitu juga kalau korang rasa nak pegi tu buatlah perancangan dari awal tambahan pulak kalau bawak anak-anak kecil di musim sejuk pulak tu, memang banyak dugaan dan cabarannya. Alhamdulillah sebab anak-anak aku tak de sebarang masalah kat sana, macam dok kat Malaysia je..

Bila nak pegi Korea tu firstly mesti lah kena naik kapal terbang kan? So memang dari azali lagi aku ni suka godek-godek search internet cari tiket fligt, terjumpa satu laman web skyscanner.com. kalau korang pergi kat laman ni memang korang boleh comparekan tambang flight bergantung kepada destinasi yang korang nak pergi serata dunia. Macam mana aku boleh naik Vietnam Airline? Bila aku tulis ke Incheon tambang untuk 4 orang tu lebihkurang RM3500. Murah tak? Bagi aku memang murah sebab full service tak macam Air Asia kena add-on bagasi, meal dll..so bila di campur tolak jadi ribu-ribu jugak. Full service ni maksudnya kita akan dapat elaun bagasi 30kg sorang, makan dan minum sekali termasuk dalam tu. Flight pun selesa sebab dari Ho Chi Minch ke Incheon naik Boeing 777-200 (pergi balik). Bila naik VN kena transit kat Hanoi atau Ho Chi Minch, so nanti korang pilih lah yang mana berkenan nak transit lama mana pun tak kisah ikut kemahuan korang. macam aku mula-mula tu pegi transit di Hanoi dalam 1jam 30 minit pastu sambung ke Incheon dalam 4 jam. Tapi nasib aku kali ni memang bertuah sebab flight ke Hanoi dah full jadi sehari sblm bertolak tu dapat call dari staff VN suruh aku transit kat Ho Chi Minch. Sebagai balasannya depa upgrade ke Business Class. Wowww menarik!! So aku terima je lah sb sebab aku cuma lewat sejam je sampai Incheon dlm kul 6.30 pagi. Selain daripada skyscanner.com boleh jugak tengok kat kayak.com.
p/s: kat skyscanner tu aku cuma comparekan harga je, tiket aku beli online kat laman web Vietnam Airline. Lebih selamat.

Bila dah beli tiket tu teruslah emel ke VA untuk request halal food. Alamat emel tu booking.nro@vietnamairlines.com. Sertakan sekali nombor booking tu. Selepas beberapa hari dia akan reply mengatakan semua penumpang dah direserve kan makanan halal. 

Ni contoh ayat yang aku hantar, korang copy paste je dan tukar booking nombor.


Dear Vietnam Airlines, The above matter is referred, I would like to request HALAL/MOSLEM MEAL for all my family members (4 person) on fligt from Kuala Lumpur to Incheon return.
My booking no is JOMOQZ.
Thank you.


Nanti dia akan reply bagitau dah berjaya. So nanti sepanjang perjalanan dapatlah makanan yang halal tanpa was-was. Jangan terkejut kalau korang yang dapat makanan dulu. 


PAKAIAN MUSIM SEJUK/WINTER

Musim sejuk di Korea bermula lebihkurang pertengahan bulan November. Selalunya salji akan mula turun di awal Disember tu pun tak lah lebat sangat. Cara salji turun ni lebihkurang macam hujan turun kat Malaysia. Kekadang ada kekadang tidak, kekadang lebat, renyai-renyai, lama dan sekejap. Kalau rezeki korang dapatlah merasa salji tu. 
Waktu aku sampai pukul 6.30 pagi tu suhu O darjah, tapi tak bersalji. Sejuk? Entahlah bagi aku biasa saja, seronok dan teruja dengan kesejukan angin Korea. Keluar pintu airport semasa tunggu bas ke guesthouse aku tak pakai pun jacket.  Dekat-dekat nak sampai gueshouse baru aku pakai. 
Mana nak dapat baju winter ni, untuk pengetahuan korang semua baju winter aku, isteri dan anak-anak semuanya aku beli online. Bagi aku kualiti berbaloi dengan harga dan memang murah dari harga kat shopping kompleks. Baju hitam aku tu RM90, baju merah n hitam yang isteri aku pakai tu RM150, baju anak-anak aku mahal sikit RM220 sehelai. Semua baju tu baru lagi bukan terpakai. Nanti korang bolehlah tengok kat lelong.com, qoo10.com, beautymyth, 11street, nile.com dan macam-macam lagilah. Bukan setakat nak beli baju, apa yang korang nak semua ada kat situ. Cara pembayaran pulak boleh guna online banking atau kad kredit. Pilih je mana yang berkenan. Paling cepat akan sampai dalam 3 hari dan paling lama seminggu. Pastikan baju yang korang pilih tu waterproof dan tahan sejuk. Bila dah dapat baju yang sesuai InsyaAllah tak de masalah dalam perjalanan nanti sebab badan korang sentiasa warm.

Sarung tangan pulak korang beli je kat Daiso, murah dan berbaloi. RM5.30 je sepasang. Pilih je yang mana berkenan. kalau boleh carilah yang boleh touch screen sebab nanti senang korang amik gambar pakai phone tak payah nak buka sarung tangan. Sejukkkk....kalau ada bajet lebih belilah yang waterproff mana tau waktu korang kat sana tu salji turun dapatlah pegang salji tu...Begitu jugak dengan stoking...beli banyak-banyak stoking pun tak pe, ari tu aku berjalan pakai double stoking...

Kasut pulak aku rasa tak payah korang nak beli winter boot bagai, kasut terbaik aku rasa cukuplah kasut sukan sebab kat Korea memang kena jalan banyak. So carilah kasut yang selesa. aku beli kat IOI Mall waktu sale RM30 henggit je..




Pakaian anak-anak semasa kat korea
Ni baru turun bas dari airport nak
ke guesthouse..syok depa dok tiup
sebab keluar asapp...
(Baju sehelai RM220- Qoo10)

Baju isteri RM150 sehelai,
online jugak..


Pakaian aku kat sana,
 baju RM89 (nile.com)
kasut tu RM30(aeon ioi mall) je...
Kul 9.00 pagi dah sampai
guesthouse, nasib baik
boleh check-in


MAKANAN

Kat Korea susah nak dapat makanan halal,kalau adapun memang mahal. Banyak kedai yang disyorkan dalam blog-blog korang boleh baca. Sepanjang kat sana aku cuma pegi kedai ikan bakar kat Dongdaemun tu je. Semua makanan aku bawak dari malaysia. Serunding, rendang, beras, teh, milo dan rice cooker. Gusthouse yang aku duduk tu memang ada kitchen, bolehlah korang nak masak yang simple-simple. Sarapan pagi ada disediakan, berupa roti, jem dan vitagen. Sebelum kuar jalan tu aku masak nasik siap-siap, nanti balik terus makan dalam bilik je. So jimat...


UBAT-UBATAN

Ubat yang paling penting sekali kalau ke negara sejuk ni mesti bawak krim pelembab sebab bila sejuk nanti korang kurang minum, jadi kulit akan kering dan gatal-gatal. Kadang-kadang tu akan jadi ruam dan bintik-bintik yang memang gatal. Krim yang aku bawa jenis nivia krim. Sebelum tidur dan selepas mandi korang sapulah satu badan. InsyaAllah ok. Lip balm pula kalau sapa yang jenis tak tahan sejuk tu mulut akan merekah dan berkeruping. Sapu je kat bibir tu sebelum korang keluar merayap. Kalau nak elakkan dari bibir merekah ni bagi aku elok korang tutup je muka sampai hidung dengan kain bila nak keluar tu. Selain daripada tu panadol, ubat batuk, balm, handyplas bolehlah dibawak sekali.

Sepanjang kat korea ni aku ikut je iti yang aku dah buat, kalau berubah pun sikit-sikit je. Sepanjang kat sana, hari ke tiga Alhamdulillah salji turun dengan lebat, memang jakun gila lah kan kali pertama dalam hidup dapat merasa salji turun dan pegang salji. Hari ni jugak kami pergi ke Pulau Nami, sampai di sana juga salji turun. Best...

Iti sepanjang kat sana
 
sapa nak nanti boleh pm k..




Aku park kereta dekat Putrajaya Sentral pastu amik ERL ke KLIA
Sapa-sapa yang berdekatan putrajaya aku suggestkan  park je kat sini sebab murah, Sehari RM2 je..


Ni beg kami bawa, beg merah kat tengah tu penuh dengan makanan.


Sepanjang kat Korea Sekali je aku makan kat luar, kedai ikan bakar. Nasi semua masak kat dalam bilik saja, kat guesthouse ada dapur sapa yang nak masak yang simple-simple bolehlah. Banyak juga orang Malaysia yang keje dengan agent pelancongan diaorang duduk kat sini. 

Dari Kl ke Ho Chi MInch kami dapat free upgrade ke business class...

Rezeki anak-anak travel kali ni..
Sedap budak ni makan...

Ni menu masa ke HCM tu, aku tak makan pun, just rasa-rasa je..
Boleh pilih nak ayam atau mee..

Hi my readers....

Beewon guest house, 
dari airport keluar pintu 5 
amik bas no 6011
Tambang dewasa KRW10K





ARRIVAL CARD DAN DECLARATION FORM



Dimana nak dapatkan kad ni? 
Kat atas awan nanti flight attandance akan edarkan borang ni, Ambillah sorang sekeping dan isikan siap-siap sebab nanti tak lah kelam kabut bila sampai nanti. Pastikan korang bawa pen tau...
Untuk declaration kad tu cukup sekeping untuk satu family. Tandakan yes or no je jangan menipu pulak japgi tak pasal-pasal korang kena halau balik Malaysia huhu...

tip# kena selalu pasang telinga apa yg flight attandance tu cakap walaupun korang mengantuk sebab bahasa inggeris dia slange vietnam.

Satu lagi cara, bila sampai nanti sebelum imigresen kat orang tengah beratur ramai-ramai tu ada satu kaunter. Ambil kat situ dan isi. Tapi memang kelam kabut sikitlah sebab orang ramai. 

TIPS JALAN-JALAN DI KOREA

STUDY LAMAN WEB VISIT KOREA

http://english.visitkorea.or.kr/enu/TRP/TP_ENG_6.jsp

Sebelum pergi tu, baca dulu apa yang ada kat sini. Pengangkutan, tempat menarik, kupon diskaun, makanan, tempat shopping dan macam-macam lah. Pastu print map subway kat sini. Kalau ada kupon diskaun kena pada tarikh korang kat sana print siap-siap. Hari tu aku pergi Everland pakai kupon promo kat sini. Memang murah. Naik bas terus sampai Everland. Sejam dah sampai siap drebar bas tu berenti kat tepi jalan lagi bagi kami main salji..


SUBWAY

Dekat Korea ni ada banyak Line Subway yang terletak di bawah tanah.Setiap line Subway ni berlainan warna.Ikut je warna tu InsyaAllah tak sesat. Nanti kalau korang berjalan-jalan akan nampak pintu masuk bertangga turun ke bawah tanah. Kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan jenuh nak mencari weii..

Cara nak selamat sebelum ke Korea pastikan korang download aplikasi Subway Korea di playstore. Memang wajib ada unless korang dah mahir route subway tu.Dekat aplikasi tu nanti korang cuma masukkan nama stesyen yang dinaiki dan destinasi. Nanti akan keluar nama stesyen-stesyen yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan, harga tiket dan masa sekali. Train dia memang tepat. Kat Korea nanti kalau korang dengan bunyi muzik kat stesyen tu cepat-cepatlah berlari dan beratur sebab train dah nak sampai. Pengalaman aku, sekali je tersalah amik train dan terpaksa patah balik sebab nama stesyen tak sama dengan yg ditulis dekat aplikasi tu...

T-MONEY

Benda macam kad touch n go kat Malaysia. Korang boleh beli kat seven-e atau dekat mesin yang berada di setiap stesyen. Setiap orang mesti ada satu kad. Macam aku ari tu, kena beli 4 kad. Kalau untuk kanak-kanak nanti scan nak bayar akan kira harga kanak-kanak.

Mula-mula beli dalam tu ada KRW2500 kalau tak silap, kalau korang berjalan banyak topup la banyak sikit (topup kat seven-e atau mesin di stesyen) , kalau tak habis nanti boleh amik baki kat mesin sebelum korang balik Malaysia, atau boleh disimpan untuk next trip..

*kad T-Money ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan dan urusniaga lain.

KEDAI IKAN BAKAR KOREA

Nilah satu-satunya kedai yang aku makan kat Korea, sepanjang kat sana aku masak nasi dan makan apa yang dibawa dari Malaysia. Kat Beewon Hotel tu ada dapur korang bolehlah nak masak yang simple-simple. Best jugak makan bersama-sama pelancong. 


Kedai makcik ni yang no 2 dari kiri,
ada dua tingkat, tingkat
atas dibuat dr kayu.

Banyak blog recommend mak cik ni..


Ikan bakar dia, sedap oiii sejuk-sejuk makan ni...

Sotong Sambal wajib cuba weiii...

Anak aku kata sedapppp dapp dappp...



Kami order dua set ikan bakar,
 semua dalam gambar tu akan
datang sekali..
Harga untuk kesemua yang kami makan ni KRW40K...Mahal tak??? 
So far makanan semua sedap, nasi dia je macam pulut sikit..
Cara nak kesana boleh rujuk blog sekampung. Nanti ada masa aku ceritakan. Nak pi Korea satt...







                                  

7 October 2015

TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SEPARUH MASA/SAMBILAN PERINGKAT SARJANA 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua? 

Tahniah anda berjaya!
Kali ni nak cerita pasal proses interview HLP yang aku pergi hari tu. Pengajian peringkat Sarjana tetapi secara separuh masa/sambilan. Program ni kalau tak silap aku baru saja diperkenalkan oleh KPM mungkin baru 2 tahun kebelakangan ni je, selalunya kita dengar HLP sepenuh masa kan..
Tarikh aku pergi interview 29 Julai 2015 ( Rabu). Pukul 8.30 pagi dekat Bahagian Tajaan, Bangunan Mustafa Kamal di Cyberjaya. Kos yang aku mohon STEM Pendidikan Sains. Jarak dari rumah aku kat Taman Putra Perdana kalau ikut jalan belakang dalam 10 minit je, tapi sebab aku jarang lalu jalan tu pagi-pagi tak tahu pulak yang memang jem teruk jugak sejak jambatan tu dah runtuh diserang Ultrament. So dlm kul 8.35 pagi sampai je kat sana terus berlari pegi kt kaunter pendaftaran kt lobi tu...dah tutup daaa...

Tanya makcik guard kat luar tu dia cakap orang yg jaga kaunter tu dah masuk dalam...panik sekejap..
Aku pun terus lari masuk ke dalam, nasib baik sempat lagi bagi nama. Aku kena giliran ke tujuh...(giliran temuduga berdasarkan first come first serve). 

Temuduga hari tu semuanya berpartner berdua sekali masuk, aku je kena sorang-sorang....

Bila sampai giliran aku, aku tengok dua orang penemuduga perempuan kat dalam bilik tu.


Soalan yang dia tanya banyak pasal proposal yang aku nak buat tu. So kena pandai-pandaila goreng jangan bagi kantoi. Mesti jawab dengan yakin walaupun kita sendiri tak pasti. Yang penting sekali kita mesti yakinkan mereka betul-betul tentang apa yang kita nak buat tu. Tajuk proposal aku tu RAHSIA yer...sapa nak boleh pm..

Last sekali satu soalan perlu dijawab dalam Bahasa Inggeris, kenapa mereka mesti berikan kita biasiswa ni??
 
So bagi aku nilah interview yang paling seronok dan tak stress langsung. Rasa macam tak nak keluar dari bilik tu...

Last  sekali aku bagitau dia kalau boleh aku tak nak terima tawaran ni sebab tak sanggup nak pegi kelas sebab kelas start jam 3.00 ptng- 10 malam setiap hari, penat sebab keje sekolah banyak..boleh gitu??
Bagi aku full time...

tips: 
-giliran interview ditentukan oleh korang sendiri, kalau tak nak lama-lama kt dalam bilik tu datang lewat sikit sb diorang pun dah penat. 

-proposal perlu diprint dalam 3 salinan, dua untuk penemuduga satu untuk korang pegang buat rujukan

-jawab dengan jujur dan penuh keyakinan

- jangan stress

-anggap saja macam korang jumpa kawan lama, so banyak story-mory yang nak diceritakan betul tak??
 
-segala macam bahan rujukan korang boleh jer bawak masuk, pegang sebagai rujukan tapi agak-agaklah ye...






Bilik menunggu dah penuh, padan muka sapa suruh lambat!!...duduk la kat tepi dinding tu sorang-sorang..