2 JULAI 2024
1. Abah tak pernah nak support adik main bola tak macam bapa2 orang lain.
Ketahuilah anakku, walaupun abah jarang pergi ke tempat adik bermain tetapi hati dan doa abah sentiasa mengiringi adik. Abah bergerak ke tempat kerja dari jam 6.30 pagi sebelum dan balik jam 9.00 malam. Walaupun jarak hanya 30 kilometer dari rumah tetapi abah kena gerak awal sebab jem nak ke Shah Alam dari Cyberjaya.
Sabtu Ahad abah ingat nak berehat tetapi masa tulah abah kena hantar dan tunggu adik bermain bola. Diusia adik 16 tahun abah suruh adik ambil lesen moto supaya senang adik nak ke sekolah di Putrajaya. Abah tak payah hantar lagi sebab setiap hari abah ambil 30 minit untuk hantar dan patah balik ke tempat kerja. Kadang-kadang adik bagitau tak nak susahkan umi dan abah, adik belajar bawa moto dari rumah ke sekolah. Hati abah bimbang sehinggalah abah yakin adik dah sampai sekolah baru abah boleh buat kerja.
Adik bawa motor Ex-5 abah ke sekolah. Motor tu abah beli masa adik umur setahun dan jarang abah naik motor tu. Masih elok sebab abah jaga motor tu sebab abah orang miskin susah nak dapat walaupun motor sebiji. Motor tu dulu masa adik umur setahun abah bawa keliling taman petang-petang dengan umi.
Sampailah suatu hari aadik bagitau motor Ex-5 abah rosak, adik nak motor baru. Abah beli motor baru untuk adik YAMAHA 135LC pada 27 Ogos 2023 diusia adik 16 tahun. Abah letak nama adik dalam geran. Adik tahu x masa abah berumur 16 tahun abah baru belajar motor. Naik motor Honda-Cup 70 tok wan keliling rumah. Abah x da lesen lagi masa tu sebab x duit.
27 Mei 2024- keputusan SPM diumumkan. Keputusan adik meningkat dari x de A sebelum ini adik dapat satu A. Abah bangga dengan adik tetapi abah kecewa sebab adik x dengar cakap abah walaupun sepatah. Abah suruh adik belajar betul-betul tapi adik banyak main. Adik cari game setiap hari sebab nak jadi pemain bola sepak profesional. Adik percaya cakap couch adik, depa cakap akan bantu adik masuk universiti bila keputusan keluar. Hari ni abah x nampak sorang pun couch adik datang bertanya kabar atau tunaikan janji. Adik tahu x dalam dunia ni kalau kita dah x berguna pada orang tu dia x akan peduli kita lagi. Adik masih menunggu lagi janji mereka ya. Semua orang yang baik dengan kita mesti ada sesuatu yang mereka nak dari kita. Walaupun keputusan adik sederhana abah x pernah marah adik tapi abah berusaha untuk cari laluan supaya adik dapat sambung belajar. Abah x mahu adik jadi macam orang lain nak makan pun x da duit sebab x de pelajaran. Adik percaya x lulus SPM pun boleh berjaya,tapi maaf abah x percaya. Adik bukan bodoh sebab adik dapat tawaran kelas Sains Tulen masa tingkatan 4. Adik cakap x boleh nak bawa. Abah faham. Abah ikut adik. Adik masuk kelas akaun. Setahun adik belajar, adik cakap akaun susah, adik menangis suruh abah buat surat kat cikgu. Adik nak drop akaun. Abah buat. Setahun adik belajar sia2. Elektif adik tinggal satu sahaja Ekonomi. Tu pun adik x boleh nak belajar.
Kalau abah jadi adik, abah akan belajar betul-betul. Adik x de orang nak ganggu masa belajar. Adik kecik pun x de nak kena mengasuh.
No comments:
Post a Comment