26 December 2015

TRIP KE KOREA SELATAN

Entry kali ni nak cerita pasal trip bersama family ke Korea Selatan. Apa yang akan aku ceritakan ni adalah berdasarkan pengalaman pertama kali aku ke negara empat musim. So bolehlah dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada sesiapa  yang berhajat nak kesana. Mungkin apa yang aku ceritakan tak sama dengan pengalaman orang lain, so ikut penilaian masing-masing lah yer... 

Ringkasnya:

 Tarikh perjalanan : 30/11- 6/12/2015
 Bil hari : 6 hari 5 malam
 Flight : Vietnam Airline (VN)
 Tiket Flight: RM 3500+-
 Bilangan ahli : 2 dewasa/ 2 kanak-kanak
 Musim: Winter
 Hotel: Beewon Guesthouse, Seoul
           (360 000 KRW- booking.com)
 Pakej: Sendiri/ ala-ala Backpackers

Aku akan ceritakan secara ditirnya setakat yang aku ingat lah yer dari mula-mula planning sampailah balik semula ke Malaysia. Perancangan yang aku buat ni lebihkurang 6 bulan. Begitu juga kalau korang rasa nak pegi tu buatlah perancangan dari awal tambahan pulak kalau bawak anak-anak kecil di musim sejuk pulak tu, memang banyak dugaan dan cabarannya. Alhamdulillah sebab anak-anak aku tak de sebarang masalah kat sana, macam dok kat Malaysia je..

Bila nak pegi Korea tu firstly mesti lah kena naik kapal terbang kan? So memang dari azali lagi aku ni suka godek-godek search internet cari tiket fligt, terjumpa satu laman web skyscanner.com. kalau korang pergi kat laman ni memang korang boleh comparekan tambang flight bergantung kepada destinasi yang korang nak pergi serata dunia. Macam mana aku boleh naik Vietnam Airline? Bila aku tulis ke Incheon tambang untuk 4 orang tu lebihkurang RM3500. Murah tak? Bagi aku memang murah sebab full service tak macam Air Asia kena add-on bagasi, meal dll..so bila di campur tolak jadi ribu-ribu jugak. Full service ni maksudnya kita akan dapat elaun bagasi 30kg sorang, makan dan minum sekali termasuk dalam tu. Flight pun selesa sebab dari Ho Chi Minch ke Incheon naik Boeing 777-200 (pergi balik). Bila naik VN kena transit kat Hanoi atau Ho Chi Minch, so nanti korang pilih lah yang mana berkenan nak transit lama mana pun tak kisah ikut kemahuan korang. macam aku mula-mula tu pegi transit di Hanoi dalam 1jam 30 minit pastu sambung ke Incheon dalam 4 jam. Tapi nasib aku kali ni memang bertuah sebab flight ke Hanoi dah full jadi sehari sblm bertolak tu dapat call dari staff VN suruh aku transit kat Ho Chi Minch. Sebagai balasannya depa upgrade ke Business Class. Wowww menarik!! So aku terima je lah sb sebab aku cuma lewat sejam je sampai Incheon dlm kul 6.30 pagi. Selain daripada skyscanner.com boleh jugak tengok kat kayak.com.
p/s: kat skyscanner tu aku cuma comparekan harga je, tiket aku beli online kat laman web Vietnam Airline. Lebih selamat.

Bila dah beli tiket tu teruslah emel ke VA untuk request halal food. Alamat emel tu booking.nro@vietnamairlines.com. Sertakan sekali nombor booking tu. Selepas beberapa hari dia akan reply mengatakan semua penumpang dah direserve kan makanan halal. 

Ni contoh ayat yang aku hantar, korang copy paste je dan tukar booking nombor.


Dear Vietnam Airlines, The above matter is referred, I would like to request HALAL/MOSLEM MEAL for all my family members (4 person) on fligt from Kuala Lumpur to Incheon return.
My booking no is JOMOQZ.
Thank you.


Nanti dia akan reply bagitau dah berjaya. So nanti sepanjang perjalanan dapatlah makanan yang halal tanpa was-was. Jangan terkejut kalau korang yang dapat makanan dulu. 


PAKAIAN MUSIM SEJUK/WINTER

Musim sejuk di Korea bermula lebihkurang pertengahan bulan November. Selalunya salji akan mula turun di awal Disember tu pun tak lah lebat sangat. Cara salji turun ni lebihkurang macam hujan turun kat Malaysia. Kekadang ada kekadang tidak, kekadang lebat, renyai-renyai, lama dan sekejap. Kalau rezeki korang dapatlah merasa salji tu. 
Waktu aku sampai pukul 6.30 pagi tu suhu O darjah, tapi tak bersalji. Sejuk? Entahlah bagi aku biasa saja, seronok dan teruja dengan kesejukan angin Korea. Keluar pintu airport semasa tunggu bas ke guesthouse aku tak pakai pun jacket.  Dekat-dekat nak sampai gueshouse baru aku pakai. 
Mana nak dapat baju winter ni, untuk pengetahuan korang semua baju winter aku, isteri dan anak-anak semuanya aku beli online. Bagi aku kualiti berbaloi dengan harga dan memang murah dari harga kat shopping kompleks. Baju hitam aku tu RM90, baju merah n hitam yang isteri aku pakai tu RM150, baju anak-anak aku mahal sikit RM220 sehelai. Semua baju tu baru lagi bukan terpakai. Nanti korang bolehlah tengok kat lelong.com, qoo10.com, beautymyth, 11street, nile.com dan macam-macam lagilah. Bukan setakat nak beli baju, apa yang korang nak semua ada kat situ. Cara pembayaran pulak boleh guna online banking atau kad kredit. Pilih je mana yang berkenan. Paling cepat akan sampai dalam 3 hari dan paling lama seminggu. Pastikan baju yang korang pilih tu waterproof dan tahan sejuk. Bila dah dapat baju yang sesuai InsyaAllah tak de masalah dalam perjalanan nanti sebab badan korang sentiasa warm.

Sarung tangan pulak korang beli je kat Daiso, murah dan berbaloi. RM5.30 je sepasang. Pilih je yang mana berkenan. kalau boleh carilah yang boleh touch screen sebab nanti senang korang amik gambar pakai phone tak payah nak buka sarung tangan. Sejukkkk....kalau ada bajet lebih belilah yang waterproff mana tau waktu korang kat sana tu salji turun dapatlah pegang salji tu...Begitu jugak dengan stoking...beli banyak-banyak stoking pun tak pe, ari tu aku berjalan pakai double stoking...

Kasut pulak aku rasa tak payah korang nak beli winter boot bagai, kasut terbaik aku rasa cukuplah kasut sukan sebab kat Korea memang kena jalan banyak. So carilah kasut yang selesa. aku beli kat IOI Mall waktu sale RM30 henggit je..




Pakaian anak-anak semasa kat korea
Ni baru turun bas dari airport nak
ke guesthouse..syok depa dok tiup
sebab keluar asapp...
(Baju sehelai RM220- Qoo10)

Baju isteri RM150 sehelai,
online jugak..


Pakaian aku kat sana,
 baju RM89 (nile.com)
kasut tu RM30(aeon ioi mall) je...
Kul 9.00 pagi dah sampai
guesthouse, nasib baik
boleh check-in


MAKANAN

Kat Korea susah nak dapat makanan halal,kalau adapun memang mahal. Banyak kedai yang disyorkan dalam blog-blog korang boleh baca. Sepanjang kat sana aku cuma pegi kedai ikan bakar kat Dongdaemun tu je. Semua makanan aku bawak dari malaysia. Serunding, rendang, beras, teh, milo dan rice cooker. Gusthouse yang aku duduk tu memang ada kitchen, bolehlah korang nak masak yang simple-simple. Sarapan pagi ada disediakan, berupa roti, jem dan vitagen. Sebelum kuar jalan tu aku masak nasik siap-siap, nanti balik terus makan dalam bilik je. So jimat...


UBAT-UBATAN

Ubat yang paling penting sekali kalau ke negara sejuk ni mesti bawak krim pelembab sebab bila sejuk nanti korang kurang minum, jadi kulit akan kering dan gatal-gatal. Kadang-kadang tu akan jadi ruam dan bintik-bintik yang memang gatal. Krim yang aku bawa jenis nivia krim. Sebelum tidur dan selepas mandi korang sapulah satu badan. InsyaAllah ok. Lip balm pula kalau sapa yang jenis tak tahan sejuk tu mulut akan merekah dan berkeruping. Sapu je kat bibir tu sebelum korang keluar merayap. Kalau nak elakkan dari bibir merekah ni bagi aku elok korang tutup je muka sampai hidung dengan kain bila nak keluar tu. Selain daripada tu panadol, ubat batuk, balm, handyplas bolehlah dibawak sekali.

Sepanjang kat korea ni aku ikut je iti yang aku dah buat, kalau berubah pun sikit-sikit je. Sepanjang kat sana, hari ke tiga Alhamdulillah salji turun dengan lebat, memang jakun gila lah kan kali pertama dalam hidup dapat merasa salji turun dan pegang salji. Hari ni jugak kami pergi ke Pulau Nami, sampai di sana juga salji turun. Best...

Iti sepanjang kat sana
 
sapa nak nanti boleh pm k..




Aku park kereta dekat Putrajaya Sentral pastu amik ERL ke KLIA
Sapa-sapa yang berdekatan putrajaya aku suggestkan  park je kat sini sebab murah, Sehari RM2 je..


Ni beg kami bawa, beg merah kat tengah tu penuh dengan makanan.


Sepanjang kat Korea Sekali je aku makan kat luar, kedai ikan bakar. Nasi semua masak kat dalam bilik saja, kat guesthouse ada dapur sapa yang nak masak yang simple-simple bolehlah. Banyak juga orang Malaysia yang keje dengan agent pelancongan diaorang duduk kat sini. 

Dari Kl ke Ho Chi MInch kami dapat free upgrade ke business class...

Rezeki anak-anak travel kali ni..
Sedap budak ni makan...

Ni menu masa ke HCM tu, aku tak makan pun, just rasa-rasa je..
Boleh pilih nak ayam atau mee..

Hi my readers....

Beewon guest house, 
dari airport keluar pintu 5 
amik bas no 6011
Tambang dewasa KRW10K





ARRIVAL CARD DAN DECLARATION FORM



Dimana nak dapatkan kad ni? 
Kat atas awan nanti flight attandance akan edarkan borang ni, Ambillah sorang sekeping dan isikan siap-siap sebab nanti tak lah kelam kabut bila sampai nanti. Pastikan korang bawa pen tau...
Untuk declaration kad tu cukup sekeping untuk satu family. Tandakan yes or no je jangan menipu pulak japgi tak pasal-pasal korang kena halau balik Malaysia huhu...

tip# kena selalu pasang telinga apa yg flight attandance tu cakap walaupun korang mengantuk sebab bahasa inggeris dia slange vietnam.

Satu lagi cara, bila sampai nanti sebelum imigresen kat orang tengah beratur ramai-ramai tu ada satu kaunter. Ambil kat situ dan isi. Tapi memang kelam kabut sikitlah sebab orang ramai. 

TIPS JALAN-JALAN DI KOREA

STUDY LAMAN WEB VISIT KOREA

http://english.visitkorea.or.kr/enu/TRP/TP_ENG_6.jsp

Sebelum pergi tu, baca dulu apa yang ada kat sini. Pengangkutan, tempat menarik, kupon diskaun, makanan, tempat shopping dan macam-macam lah. Pastu print map subway kat sini. Kalau ada kupon diskaun kena pada tarikh korang kat sana print siap-siap. Hari tu aku pergi Everland pakai kupon promo kat sini. Memang murah. Naik bas terus sampai Everland. Sejam dah sampai siap drebar bas tu berenti kat tepi jalan lagi bagi kami main salji..


SUBWAY

Dekat Korea ni ada banyak Line Subway yang terletak di bawah tanah.Setiap line Subway ni berlainan warna.Ikut je warna tu InsyaAllah tak sesat. Nanti kalau korang berjalan-jalan akan nampak pintu masuk bertangga turun ke bawah tanah. Kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan jenuh nak mencari weii..

Cara nak selamat sebelum ke Korea pastikan korang download aplikasi Subway Korea di playstore. Memang wajib ada unless korang dah mahir route subway tu.Dekat aplikasi tu nanti korang cuma masukkan nama stesyen yang dinaiki dan destinasi. Nanti akan keluar nama stesyen-stesyen yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan, harga tiket dan masa sekali. Train dia memang tepat. Kat Korea nanti kalau korang dengan bunyi muzik kat stesyen tu cepat-cepatlah berlari dan beratur sebab train dah nak sampai. Pengalaman aku, sekali je tersalah amik train dan terpaksa patah balik sebab nama stesyen tak sama dengan yg ditulis dekat aplikasi tu...

T-MONEY

Benda macam kad touch n go kat Malaysia. Korang boleh beli kat seven-e atau dekat mesin yang berada di setiap stesyen. Setiap orang mesti ada satu kad. Macam aku ari tu, kena beli 4 kad. Kalau untuk kanak-kanak nanti scan nak bayar akan kira harga kanak-kanak.

Mula-mula beli dalam tu ada KRW2500 kalau tak silap, kalau korang berjalan banyak topup la banyak sikit (topup kat seven-e atau mesin di stesyen) , kalau tak habis nanti boleh amik baki kat mesin sebelum korang balik Malaysia, atau boleh disimpan untuk next trip..

*kad T-Money ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan dan urusniaga lain.

KEDAI IKAN BAKAR KOREA

Nilah satu-satunya kedai yang aku makan kat Korea, sepanjang kat sana aku masak nasi dan makan apa yang dibawa dari Malaysia. Kat Beewon Hotel tu ada dapur korang bolehlah nak masak yang simple-simple. Best jugak makan bersama-sama pelancong. 


Kedai makcik ni yang no 2 dari kiri,
ada dua tingkat, tingkat
atas dibuat dr kayu.

Banyak blog recommend mak cik ni..


Ikan bakar dia, sedap oiii sejuk-sejuk makan ni...

Sotong Sambal wajib cuba weiii...

Anak aku kata sedapppp dapp dappp...



Kami order dua set ikan bakar,
 semua dalam gambar tu akan
datang sekali..
Harga untuk kesemua yang kami makan ni KRW40K...Mahal tak??? 
So far makanan semua sedap, nasi dia je macam pulut sikit..
Cara nak kesana boleh rujuk blog sekampung. Nanti ada masa aku ceritakan. Nak pi Korea satt...







                                  

7 October 2015

TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SEPARUH MASA/SAMBILAN PERINGKAT SARJANA 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua? 

Tahniah anda berjaya!
Kali ni nak cerita pasal proses interview HLP yang aku pergi hari tu. Pengajian peringkat Sarjana tetapi secara separuh masa/sambilan. Program ni kalau tak silap aku baru saja diperkenalkan oleh KPM mungkin baru 2 tahun kebelakangan ni je, selalunya kita dengar HLP sepenuh masa kan..
Tarikh aku pergi interview 29 Julai 2015 ( Rabu). Pukul 8.30 pagi dekat Bahagian Tajaan, Bangunan Mustafa Kamal di Cyberjaya. Kos yang aku mohon STEM Pendidikan Sains. Jarak dari rumah aku kat Taman Putra Perdana kalau ikut jalan belakang dalam 10 minit je, tapi sebab aku jarang lalu jalan tu pagi-pagi tak tahu pulak yang memang jem teruk jugak sejak jambatan tu dah runtuh diserang Ultrament. So dlm kul 8.35 pagi sampai je kat sana terus berlari pegi kt kaunter pendaftaran kt lobi tu...dah tutup daaa...

Tanya makcik guard kat luar tu dia cakap orang yg jaga kaunter tu dah masuk dalam...panik sekejap..
Aku pun terus lari masuk ke dalam, nasib baik sempat lagi bagi nama. Aku kena giliran ke tujuh...(giliran temuduga berdasarkan first come first serve). 

Temuduga hari tu semuanya berpartner berdua sekali masuk, aku je kena sorang-sorang....

Bila sampai giliran aku, aku tengok dua orang penemuduga perempuan kat dalam bilik tu.


Soalan yang dia tanya banyak pasal proposal yang aku nak buat tu. So kena pandai-pandaila goreng jangan bagi kantoi. Mesti jawab dengan yakin walaupun kita sendiri tak pasti. Yang penting sekali kita mesti yakinkan mereka betul-betul tentang apa yang kita nak buat tu. Tajuk proposal aku tu RAHSIA yer...sapa nak boleh pm..

Last sekali satu soalan perlu dijawab dalam Bahasa Inggeris, kenapa mereka mesti berikan kita biasiswa ni??
 
So bagi aku nilah interview yang paling seronok dan tak stress langsung. Rasa macam tak nak keluar dari bilik tu...

Last  sekali aku bagitau dia kalau boleh aku tak nak terima tawaran ni sebab tak sanggup nak pegi kelas sebab kelas start jam 3.00 ptng- 10 malam setiap hari, penat sebab keje sekolah banyak..boleh gitu??
Bagi aku full time...

tips: 
-giliran interview ditentukan oleh korang sendiri, kalau tak nak lama-lama kt dalam bilik tu datang lewat sikit sb diorang pun dah penat. 

-proposal perlu diprint dalam 3 salinan, dua untuk penemuduga satu untuk korang pegang buat rujukan

-jawab dengan jujur dan penuh keyakinan

- jangan stress

-anggap saja macam korang jumpa kawan lama, so banyak story-mory yang nak diceritakan betul tak??
 
-segala macam bahan rujukan korang boleh jer bawak masuk, pegang sebagai rujukan tapi agak-agaklah ye...






Bilik menunggu dah penuh, padan muka sapa suruh lambat!!...duduk la kat tepi dinding tu sorang-sorang..
 

23 July 2015

SEPUPU KU KAHWIN DAN BERTUNANG ADIKKU

Raya ketiga, sepupu aku berkahwin. Time ni aku punya job kena pegi amik pengantin perempuan yang duduk kat Pendang..anak-anak pulak bila kenduri tau-tau jelah merata merayapnya, so aman sikit sebab diaorang tak ikut..sebenarnya aku curi-curi keluar..hehe
Selamat Pengantin Baru Mazlan dan Sodriah, semoga kekal sehingga ke akhir hayat...tahniah!!


Bersama pengantin dan mak mertua aku...





Selamat Pengantin Baru sekali lagi...segak aihhh..

Esoknya raya ke4, pergi meminang adik aku yang no2 dekat Kodiang. Apa yang best hari ni aku jumpa semula dengan bekas cikgu aku kat sekolah menengah dulu. Rupanya tunang adik aku tu, adik bekas cikgu aku..Waktu aku keluar sekolah tu pada tahun 1996 dulu tu cikgu anak dara lagi tau...dah dekat 20 tahun baru jumpa semula walaupun sebelum ni aku hanya ikuti perkembangan dia kat fb je. Nampaknya jadi adik beradik lah kita yer...

 

SALAM AIDILFITRI 2015

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ni..

Aidilfitri pada tahun ni jatuh pada 17 Julai 2015 (Jumaat). Walaupun agak rushing sikit sb cuti tak panjang Alhamdulillah sebab dapat juga merayakan lebaran tahun ni. Giliran beraya kat kampung aku Padang Besar, Perlis. Tema family aku tahun ni warna Kuning Keemasan...tapi baju tu nampak macam tak gold sangat pun..





Dengan anak saudara...

1 June 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK itulah tema Hari Guru pada tahun 2015 ni. Pejam celik-pejam celik dah 15 tahun aku bergelar guru. Sekejap masa berlalu sedar-sedar nanti dah nak pencen. Pada tahun ni sekolah aku menyambutnya sebanyak 3 kali. 18, 21 dan 25 Mei 2015. Walaupun tiga hari bukanlah bermakna ketiga-tiga hari tu kami berpoya-poya tak mengajar k..

18 Mei tu Isnin, majlis disekalikan dengan perhimpunan pagi. Bacaan perutusan Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pelajaran oleh Cikgu Jamhari (PK 1) dan Pn Norhamizar (PK HEM), pastu kami menyanyi lagu hari guru dan membaca ikrar. Dalam 8.15 pagi selesai...

21 hb tu Jumaat, ni baru majlis yang betul-betul happening. Temanya JIKA AKU BUKAN SORANG GURU, AKU IALAH....cer teka aku jadi apa???

Bila difikirkan baik jugak tema macam ni kan, sangat berguna kepada murid-murid. Bila diaorang tengok cikgunya memakai pakaian lain dari yang dok pakai sehari-hari harap bolehla naik semangat mereka untuk belajar rajin-rajin untuk mencapai cita-cita tu...

Jom tengok....sebenarnya sibuk tak sempat nak cari baju aku ambik je labcoat dan teteskop kat bilik sains, senang...maka jadilah aku seorang..sebenarnya ni bukan cita-cita aku walaupun aku pernah mohon nak jadi doktor haiwan k..


Geng-geng doktor...hehe , pakaian chef tu GB baru aku ok...

Add caption

Dengan murid-murid kelas aku...


Jom kita tengok cikgu yang lain jadi apa?




Kenal tak sapa? Akmal kumpulan Mirwana

Olooo..looo.. kesiannya...



















Semua gambar yang diambil diatas adalah untuk dilekatkan di sudut kerjaya bilik kaunseling sebagai pembakar semangat murid-murid....banyak-banyak gambar diatas sapa pemenangnya???


Pemenang bergambar dengan  Doktor CINTA....

Ni la pemenangnya...Cikgu Siti Sharuni.....aku seorang petani..memang terbaik...


25 Mei lepas sekolah ada Hi-Tea dekat Kelab Golf Resort Kinrara. Tema kali ni warna turqoise atau biru.