Pejam celik-pejam celik sekejap je masa berlalu..dah nak masuk bulan November rupanya. Maksudnya????
Bulan ni lah yang paling banyak sekali aktiviti dan benda-benda yang perlu disettlekan..terutamanya bagi seorang guru Tahun 6 macam aku ni. Hujung tahun memang super busy sibuk..
Jom tengok apa xtvt@tugasan yang nak kena buat...
- mengemaskini fail murid sebab nak pulangkan kepada murid Tahun 6
- siapkan sijil tamat sekolah
- buat semakan dan summit permohonan murid online ke sekolah kawalan/asrama penuh
- pemulangan buku TEKS
- ambil gambar majlis graduasi dan gambar kelas
- jumpa En Zaly manager f&b uruskan pasal Hi-tea kat Holiday Villa, Subang
- persediaan untuk Hari Graduasi (5 November)
- pergi GM Klang cari door gift Hi-Tea
- Hi-tea Seuntai Kasih, Jasamu Dikenang( 5 November)
- bawa murid rombongan ke Bukit Gambang Waterpark City Resort (8-9 November)
- berpoya-poya ke Vietnam ( peribadi)
- majlis persaraan GB (dilantik pengurus acara) (21,24,27 November) seriussss job ni la yang paling mencabar..
- persediaan tempat dan majlis mengambil keputusan UPSR (dijangka 26 November)
- tutup register (kedatangan murid untuk tahun 2014)
ni belum lagi yang tergejut tergempaq dia mai on d spot...
Hari ni nak berkongsi tentang sebuah syair yang sangat mendalam makna bait-baitnya tentang guru...ditulis oleh Tenas Effendy. Selalunya aku mendengarnya melalui radio Ikim.fm hampir setiap pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah...bila mendengarnya memang terasa sangat menyentuh perasan, bilamana difikirkan memang betul dan meresap ke dalam jiwa. Aku memang boleh feel sebab aku pun GURU...
TENTANG MENGHORMATI
GURU
Wahai anakanda dengarlah amanat
Terhadap gurumu hendaklah hormat
Ilmunya banyak memberi manfaat
Menyelamatkan hidup dunia akhirat
Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya anakanda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan
Kepada gurumu janganlah durhaka
Janganlah pula berburuk sangka
Tunjuk ajarnya anakanda jaga
Supaya manfaatnya dapat dirasa
Kepada gurumu eloklah perangai
Apabila disuruhnya janganlah lalai
Tunjuk ajarnya selalu dipakai
Supaya hasratmu cepat tercapai
Apabila gurumu selalu kautentang
Ditunjuk diajar engkau membangkang
Akibatnya buruk bukan kepalang
Ilmu dituntut berkahnya hilang
Kepada guru jangan menista
Bercakap kasar bermasam muka
Orang benci Allah pun murka
Hidupmu akan terlunta-lunta
Kepada gurumu nampakkan minat
Petua didengar petunjuk diingat
Supaya belajar beroleh manfaat
Membawa berkah dunia akhirat
Kepada gurumu hendaklah patuh
Ditunjuk diajar jangan mengeluh
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
Supaya hidupmu menjadi senonoh
Anggaplah guru sebagai ibu bapa
Tempat merujuk tempat bertanya
Memudahkan anakanda memahami ilmunya
Supaya pelajaranmu tak sia-sia
Jadikan gurumu contoh teladan
Minta nasihat untuk pegangan
Apa masalahmu boleh disampaikan
Supaya bebanmu menjadi ringan
Kepada gurumu berterus terang
Jangan bercakap main belakang
Supaya belajar hatimu lapang
Guru mengajar hatinya senang
Kepada gurumu berterima kasih
Kerana mengajarmu berpenat letih
Sampaikan dengan hati yang bersih
Semoga menjadi amalan soleh
Wahai anakanda permata bonda
Gurumu itu juga manusia
Tentulah ada lebih kurangnya
Maafkan olehmu bila ada salahnya
Kepada guru jangan mendendam
Orang pendendam imannya padam
Budi yang baik jadi tenggelam
Hari depanmu menjadi suram
Budi gurumu janganlah dilupakan
Penat letihnya jangan diabaikan
Ilmu diterima engkau amalkan
Semoga pahalanya sama dirasakan
Budi gurumu selalu dikenang
Jasanya besar bukan kepalang
Engkau dididik menjadi orang
Ditunjukkan pula jalan yang terang
Sekian....