18 May 2014

LIMAU MADU TAIWAN, JAMBU MADU TAIWAN DAN MULBERI DALAM PASU

Kali ni nak berkongsi pulak tentang tanaman pokok dalam pasu. Memang dari kecil lagi aku suka menanam. So bila dah duduk di bandar ni mana nak cari tanah untuk bercucuk tanam macam kat kampung tu..Jadi terpaksalah cari inisiatif sendiri sebab kawasan rumah aku ni agak sempit. 


Jom kita tengok apa yang aku tanam...

Pokok ni aku beli kat Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dengan harga RM35. Pasu pun kat situ jugak berharga RM60.Masa beli tu daun dia tak lah sebanyak macam ni. Lepas aku tanam tu letak baja terus dia tumbuh pucuk banyak gila....nampak tak pucuk baru kuar tu..
Pokok Jambu Madu Taiwan.

Ni pokok Mulberi, aku beli kat Dengkil. Murah je 3 pokok RM10....Ni sebelum ubah ke dalam pasu...
Kat nurseri ni pun memang banyak sangat pokok buah-buahan yang murah..kat sini aku beli pokok Limau Madu Taiwan dengan Limau Madu....
Masih dalam polibeg..ada buah 
tapi dah kena makan...

Sebelum ubah ke dalam pasu,
cantas dulu dahan supaya
 tunas baru akan muncul...

 Petua nak bagi mulberi berbuah, 
selalu cantas dahannya...
nanti tunas baru akan
 kuar bersama dengan buah...

Ada buah kan..hijau berbulu putih..

Dah mula kuar buah...

Buah mulberi masa kecik  
hijau berbulu putih..
Ni pulak pokok Limau Madu Taiwan yang ada kat situ...RM150 kalau nak beli...siap ada buah lagi...

Harap-harap nanti pokok aku pun berbuah lebat macam ni...
Ni pokok yang aku beli, masih dalam polibeg...balik tanam sendiri dalam pasu..
Pokok mangga Apple berharga RM8 ni pun beli kat Pasar Borong Selangor. Masa beli pokoknya kecil je, sekarang lepas dibaja agak subur...
Usianya lebihkurang 9 bulan.
Aku tanam waktu masuk rumah ni ..

Tomato dah berbunga...

Garpu tu terpaksa diletakkan kat 
situ buat sementara sebagai
tongkat..



Pokok Bunga Matahari...Benihnya aku beli kat Pasaraya Hero Puchong berharga RM2.50 sepeket.Bunga dia memang besar sampaikan sapa yang datang umah mesti tanya itu bunga plastik ke ori....
Baru nak kembang...
Macam matahari tak?



UPDATE PADA 9/10/2015 

Hari ni nak tunjuk lah sikit hasil buah limau madu taiwan yang aku tanam dulu tu....alhamdulillah berbuah agak lebat dan dapatlah kawan-kawan merasa...



yang ni khas untuk kawan isteri

p/s : rasanya memang manis dan juicy...



6 May 2014

KURSUS KOMPETENSI GURU CPD GRED 41

Kursus ni adalah wajib kepada semua guru-guru DG41 yang dilantik pada tahun 2009 dan keatas sebelum naik ke gred DG44.

Tarikh kursus  :21-25 April
Tempat          :Dewan SK Desaminium,
                      Seri Kembangan Selangor.

Group aku adalah Kohort pertama bagi Daerah Petaling Perdana. Seramai 69 orang guru dari pelbagai sekolah terlibat.

Waktu sesi Ice-Breaking tu kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diminta mencipta logo, membuat visi dan misi masing-masing.

Jom kita tengok kreatif tak cikgu-cikgi ni...


Ni logo kumpulan aku...




Ni ahli kumpulan aku.....

Antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang lima hari berkursus...enjoyyy...
Kumpulan 4...

Kumpulan 3...

Kumpulan 6...

Setiap kumpulan akan melawat hasil kerja kumpulan lain dan beri komen...

Pembentangan kumpulan aku...

Set Induksi.....kumpulan 4
Hasil kerja kumpulan....






Majlis penutup..

Ucapan pengerusi majlis...
Ucapan dari Penghulu kursus...
Ucapan wakil Pensyarah..
Potong kek simbolik kepada berakhirnya kursus..
Dah abissss...baru teringat nak ambil gambar..


 

5 May 2014

CARA UNTUK BUAT TRIP MEMBORONG DI VIETNAM

Artikel ni aku tulis sebagai panduan untuk sesiapa yang bercadang nak pergi Vietnam tak kisah la apa tujuan korang, nak beli kain ke atau just nak berjalan-jalan. First time aku pergi Vietnam pada Oktober 2009 dengan kawan sekerja. Memang kami berdua tak pernah sampai ke sana sebelum ni.Kami main redah je...Syukur kami selamat pergi dan balik dengan bermacam-macam barang "dagangan" hehe.....

Baru-baru ni aku buatlah trip bawa kawan-kawan untuk merasai pengalaman kat sana. Tema kali ni melancong sambil bersoping....tempoh 3 hari 2 malam...
Tempat yang dilawati: 
Delta Mekong (one day trip) 
Cho Ben Thanh Market dan sekitar Ho Chi Minh City
Kilang Kain Telekung Hjh Basiroh dll...

Tip kat sana: 
  • bawa makanan tambahan sendiri seperti maggi atau apa sahaja sebab susah nak dapat makanan halal kat sini. Makanan di restoran halal agak mahal harganya.Buah-buahan memang banyak dan besar-besar.
  • tandas awam tiada air, bawa mineral water/tisu basah.
  • kalau beli barang di pasar Ben Thanh sila tawar semurah mungkin dan jangan dengar pujuk rayu gadis-gadis comey tu yer...
  • untuk USD10 dolar anda akan dapat sepasang baju/kain 4 meter/kain telekung bunga sulam 8.
  • berhati-hati dengan dompet sebab banyak penyeluk saku.
Sapa yang berminat nak ke Vietnam boleh hubungi aku k...

Pertama sekali: 
a) pastikan korang ada International     Pasport (cara nak dapatkannya pergi ke pejabat Imegresen yang terdekat. Bayaran RM100 untuk 2 tahun@ RM300 untuk 5 tahun. Kalau dah ada pastikan berbaki 6 bulan sebelum tamat tempoh.

 b) tiket kapal terbang ( contoh Airasia, MAS,Vietnam Airline) kalau nak murah beli time promosi.

 c) buat tempahan hotel melalui Agoda, Booking.com, Asiaroom atau mana2..supaya lebih senang apabila sampai di sana. Tak la terkejar-kejar nak mencari hotel.

 d) kemas beg...terbanggggg.....

Jom biar gambar berbicara....
Hotel penginapan kami.. 
Bilik memang selesa...



Malam pertama, keluar ronda-ronda sambil cari makan....
Dari kiri, Eduan, Syuk, Ustaz Nas dan aku....Rohaimi jurukamera..
Trademark Ho Chi Minch....moto, moto...motoooo....
Trip pertama di pagi hari, Sungai Mekong Tour...jauh jugak dalam sejam perjalanan pergi. So sediakan bekal banyak-banyak yerr...

Sam, tour guide kami yang sangat friendly....

On d way, berhenti rehat jappp...


Sebelum belayar ke Delta Mekong

Aku dan Ustaz Naz....memasing solo time ni...


Syuk dan Meen ...honeymoon yer....

Eduan dan Isteri, Hani..anak-anak?


Pengangkutan untuk ke Delta Mekong...nampak tak ada orang cuak...InsyaAllah selamat kak...

Dah sampai.....kita tengok apa aktiviti penduduk yang tinggal kat sini...cerita pasal lebah..


Ular.....
Bakal ratu ular....
Berperahu ...kat sini semua perempuan tau yang kayuh perahu ni...bila selisih dengan perahu lain diaorang akan  berbisik tip,tip,tip....maksudnya faham-faham la...
Pertanian adalah aktiviti utama mereka...untuk promosikan produk pertanian mereka, pelancong akan diberi potongan  aneka buah-buahan untuk dirasa secara percuma...
Semua makanan yang dihidangkan ni percuma k...wajib rasa kalau tak beli tak pe....

Berehat sebentar sambil tunggu pelancong...........
Kak Piah ngan suami......
Sambil makan ada pulak gadis cantik ni menyanyi......waktu ni diaorang nyanyi lagu Jimmy Palikat tu Anak Kampung..fasih macam tak percaya orang Vietnam yang nyanyi...
Berkuda keliling kampung....
Family Eduan...baru nampak Erfan dan Irdina...
Sebelum balik hotel round-round dulu sekitar bandar...